KARANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN JENAYAH

       DASARWASA INI, SAMA ADA KITA SEDAR ATAU TIDAK, LANTARAN TERLALU DIHIDANGKAN DENGAN PEMBANGUNAN NEGARA YANG SEMAKIN GAH DIPERSADA DUNIA.NAMUN DISEBALIK ITU,KITA ACAPKALI TERSENTAK OLEH PELBAGAI PERMASALAHAN SOSIAL YANG BERONAL YANG DICETUSKAN OLEH RAKYAT KITA SENDIRI.BIASANYA,JENAYAH INI DILAKUKAN OLEH GOLONGAN REMAJA YANG MENJADI HARAPAN GENERASI TUA UNTUK MENJULANG NEGARA KE PUNCAK JAGAT.MAMPUKAH NEGARA KITA MEMBANGUN JIKA YANG TINGGAL HANYA BANGKAI BERNYAWA? TEPUK DADA TAPI JANGAN TANYA PADA SELERA TANYA PADA AKAL YANG DIKURNAIKAN ALLAH KEPADA KITA.SEDARLAH TIADA PENYAKIT YANG TIADA UBATNYA,MAKA LANGKAH-LANGKAH YANG KONKRIT,SISTEMATIK DAN PRAGMATIK HARUS DIJALANKAN SECARA BERTERUSAN AGAR MASALAH INI BOLEH DIBASMI HINGGA KE AKAR UMBI.POKOK PERSOALANNYA,APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN JENAYAH?


   ANTARA LANGKAH YANG HARUS DIJALANKAN ADALAH PIHAK POLIS HARUS MEMANTAU KAWASAN YANG KERAP BERLAKUNYA JENAYAH.PIHAK POLIS HARUS MEMANTAU KAWASAN SEPERTI BANK,KEDAI EMAS DAN TEMPAT-TEMPAT YANG BOLEH MENDATANGKAN KEUNTUNGAN KEPADA MEREKA.CARA INI AKAN MENYEBABKAN PENJENAYAH BERASA KURAN SELESA UNTUK MENJALANKAN AGENDA JAHAT MEREKA.MEREKA BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI CACING KEPANASAN KERANA KEKERAPAN PIHAK POLIS MENJALANKAN RONDAAN.PADA MASA YANG SAMA,PENJENAYAH AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KELALAIN ORANG RAMAI.OLEH ITU,ORANG RAMAI HARUS SENTIASA BERWASPADA AGAR TIDA MENJADI MANGSA KELICIKAN PENJENAYAH.


    PADA REALITINYA,MEMANG TIDAK DINAFIKAN BAHAWA MASYARAKAT SENDIRI HARUS MEMAINKAN PERANAN UNTUK MENGURANGKAN JENAYAH. MASYARAKAT HARUS MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI SUKARELA AGAR JENAYAH DAPAT DIKURANGKAN.BERTITIK TOLAK DARIPADA ITU,BANYAK BADAN BUKAN KERAJAAN DITUBUHKAN IBARAT CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN.PIHAK KERAJAAN HARUS MENGANJURKAN AKTIVITI YANG MEMUPUK SEMANGAT KESUKARELAAN.DISAMPING ITU,KEMENTERIAN,HARUS MEMBANTU USAHA MENYUSUN SEMULA STRATEGI RELA.JKK JUGA HARUS MEMAINKAN PERANAN MEMBANTU PASUKAN KESELAMATAN MEMBANTERAS JENAYAH.SEMANGAT KERJASAMA INILAH YANG HARUS DISEMAI AGAR JENAYAH DAPAT DIKURANGKAN.


    SELAIN ITU,MENAMBAH PEMASANGAN KAMERA LITAR TERTUTUP ADALAH SALAH SATU LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN JENAYAH.PEMASANGAN KAMERA LITAR TERTUTUP ATAU CCTV AKAN DAPAT MENGESAN PERGERAKAN JENAYAH DENGAN JELAS DAN BUKANNYA SECARA SERKAP JARANG.DENGAN BERBUAT DEMIKIAN,JENAYAH YANG DILAKUKAN DAPAT DILIHAT TERUS KERANA DIPASANG DIBALAI POLOS YANG BERHAMPIRAN.SEGALA AKTIVITI HARIAN ORANG RAMAI AKAN SENTIASA BERADA DIBAWAH PEMANTAUN PIHAK POLIS KERANA ADANYA TEKNOLOGI CANGGIH IAITU CCTV.


    PIHAK YANG BERKUASA HARUSLAH MENGENAKAN TINDAKAN YANG LEBIH TEGAS TERHADAP PENJENAYAH.SEHARUSNYA KERAJAAN PERLU MENGGUBAL UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KETAT.HUKUMAN YANG LEBIH BERAT HARUS DIKEKANAKAN KEPADA PENJENYAH.CONTOHNYA HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP KEPADA MEREKA.HUKUMAN INI BUKAN UNTUK MENYEKSA MEREKA TETAPI UNTUK MEMBERI PENGAJARAN KEPADA MEREKA DAN JUGA ORANG RAMAI AGAR TIDAK MELAKUKAN JENAYAH.

   TUNTASNYA,LANGKAH-LANGKAH SEPERTI POLIS MEMANTAU TEMPAT YANG KERAP BERLAKUNYA JENAYAH,MASYARAKAT MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI SUKARELA,MENAMBAH PEMASANGAN KAMERA LITAR TERTUTUP DAN MENGENAKAN TINDAKAN TEGAS KEPADA PENJENAYAH HARUSLAH DIJALANKAN AGAR JENAYAH DAPAT DIKURANGKAN.JIGA SEMUA MASYARAKAT BERGANDING BAHU,IBARAT KE BUKUT SAMA DI DAKI,KELURAH SAMA DITURUNI INSYALLAH JENAYAH INI DAPAT DIKURANGKAN.






(INI ADALAH KARANGAN PERTAMA aku DI TINGKATAN 4....he..:P)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

cinta oh cinta

cinta? apa sebenarnya cinta? aku tertanya-tanya kenapa orang ramai sering mengejar cinta? apakah cinta itu boleh membawa sinar kebahagian dalam hidup? mungkin boleh bahagia jika cinta tidak diselit dengan nafsu halobah.


kadang-kadang aku sedih melihat remaja zaman sekarang. remaja zaman sekarang sudah jauh daripada landasan hidup islam yang sebenarnya. mereka sudah tidak malu dengan masyarakat sekeliling yang melihat setiap gerak-geri mereka. berjalan sana-sini berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan. paling menyakiti mata,mereka dengan senang hatinya bercumbu di khalayak ramai...YA ALLAH!! apa sudah jadi dengan remaja sekarang ini..zina sudah sebati dalam kehidupan mereka. Tidak tahukah mereka ZINA itu adalah dosa besar yang akan membawa mereka ke jurang nereka...


aku sedih,kerana cinta ada remaja yang sanggup membunag keluarga. katanya dia akan hidup bahagia dengan lelaki@wanita yang dia sayangi daripada hidup bersama keluarga. Bila semua ini akan berakhir? apakah ianya tidak akan berakhir? bila lagi keinsafan akan datang ke dalam diri mereka? apakah setelah diri mereka hancur,apakah setelah perut membuncit baru mereka akan berasa malu dan ingin bertaubat mencari keampunan ALLAH? Iya memang betul ALLAH itu maha pegampun lagi maha penyayang..ALLAH akan mengampunkan dosa setiap hamba-NYA.


Renungkan wahai rakan-rakan sekalian, sanggupkah kita memusnahkan hidup kita hanya kerana cinta murah!! di mana letaknya harga diri kita? sanggupkah kita melihat titisan air mata kedua orang tua kita kerana hancurnya hidup kita? bertaubatlah wahai rakan-rakanku...sesungguhnya masih ada ruang taubat untuk kita semua.. bersihkan diri kita dari segala dosa dan noda.. ingatlah cinta kepada manusia kadang kala akan menghancurkan hidup kita dan membawa kita ke alam kehidupan yang gelap dan suram tetapi cinta kepada ALLAH membawa sinar kebahagian dalam hidup kita........
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

cuti sekolah sudah kembali

cuti sekolah sudah kembali.....apa perasaan kawan-kawan sekarang? seronok ke? bagi aku cuti tidak ada apa-apa makna dalam hidup aku...aku lebih suka berada di sekolah daripada berada di rumah...kenapa? biarlah rahsia..he3..
kadang-kadang aku cemburu dengan kawan-kawan cahaya yang lain, sebab setiap kali cuti sekolah pasti keluarga mereka akan meloncong..tapi aku..hanya duduk dalam bilik dan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin lap top......ehm...tak pa lah...

cuti,cuti juga tapi jangan lupa study tau.....terutamanya kepada adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang yang akan mengambil upsr,pmr,spm dan stpm.....korbankanlah masa cuti untuk mentelaah buku... jangan sekolah cuti buku pun cuti.... biarlah kita bersusah dulu nanti akhirnya kita akan tersenyum dengan kejayaan kita...

ehm...aku rasa,aku nak kongsi pada adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang amalan untuk teroka jalan kepada kejayaan...

1.mengenali dan menghormati mereka yang berjaya.
2.berusaha lebih bijak,bukan lebih kuat.
3.jangan takut menghadapi masalah
4.mantapkan kepribadian dan kejujuran diri
5.gunakan segala-galanya yang anda ada dan dapatkan sesuatu yang anda tidak miliki
6.bermuafakatlah dengan rakan, bertandinglah dengan diri sendiri.
7.jangan tunggu lagi
8.semaikan tabiat mahu melakukan apa sahaja pekerjaan lebih beberapa tapak dari sesuatu yang ditugaskan.
9.mempunyai kepercayaan
10.mempunyai matlamat hidup yang tepat dan jelas
11.memiliki peribadi yang menyenangkan
12.belajar daripada kegagalan
13.memiliki pemikiran yang tajam
14.menjaga kesihatan
15.mendisiplinkan diri..











terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

10 lANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

1.Anggaplah diri anda yang diciptakan ALLAH adalah sama dengan orang lain.
2.Orang lain boleh buat,mengapa anda tidak boleh buat?
3.Baiki kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda
4.Jangan takut-takut untuk melakukan sesuatu yang positif
5.elakkan perasaan malu yang tidak bertempat
6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ia sebagai "warm up" dan dapat mengaktifkan diri seseorang
7.Anggaplah diri anda yang terbaik pada hari itu.
8.Apabila berinteraksi dengan orang lain,renung tepat pada muka dan mata orang tersebut dan lakukanlah pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu.Jangan terlalu kaku.
9.Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan tentang masalah,tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugasan itu.
10.Sentiasa peka terhadap waktu. jangan bertangguh sewaktu melaksanakan sesuatu tugas.


keyakinan dalam diri amatlah penting. keyakinan ini adalah pengerak kita ke arah kejayaan. jika kita tidak mempunyai keyakinan maka percayalah apa yang kita lakukan terasa tidak kena.... 
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

renungan untuk semua....

aku sering tertanya-tanya kenapa setiap masa sering berlaku pergaduhan dalam rumah tangga.... ibu-bapa sering bergaduh dan menyebabkan emosi anak-anak terganggu..Apabila emosi anak-anak sudah tidak stabil dek pergaduhan ibu-bapa mereka yang sentiasa terhidang di depan mata mereka, anak-anak akan mencari jalan untuk menenagkan diri mereka.. mungkin mereka berkumpul dengan rakan-rakan, berkunjung ke pantai dan mungkin mereka akan membawa diri mereka jauh dari landasan hidup yang sebenarnya..Maksud aku mungkin mereka akan cuba bermanja dengan lelaki atau perempuan,bermesra dengan dadah dan bersenda dengan zina!!!!!!!!....so apa yang akan terjadi dengan hidup mereka?? apa yang akan terjadi dengan masa depan mereka? jika telah musnah segala-galanya,maka gagal lah seorang ibu dan bapa mendidik anak-anaknya...

aku tidak menyalahkan sesiapa dalam kes ini..bukan salah ibu-bapa yang sering menghidangkan anak mereka dengan hidangan pergaduhan dan bukan juga salah anak-anak yang tidak bisa membawa diri mereka ke jalan yang benar....sekarang ini bukan masa untuk kita mencari siapa yang patut dipersalahkan tetapi kita patut cari jalan penyelelesain terhadap masalah ini. aku yakin tiada ibu-bapa yang ingin melihat anak mereka hancur dan tiada seorang anak yang suka melihat ayah dan ibu bertengkar...

Bagi aku,cuba kita cari kelemahan diri kita dan perbaikinya..ibu dan bapa cari dimana kelemahan mereka dan anak-anak cari dimana kelemahan yang ada pada diri mereka..muhasabah diri kita..cari diri kita yang telah hilang..kembali kepada tuhan memohon pertolongan.Sebagai seorang hamba kita amat memerlukan pertolongan daripada Allah kerana kita manusia yang selemah-lemahnya.

kepada ibu-bapa cuba lah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa pergaduhan. aku  tahu kehidupan ini terutamanya kehidupan berumah tangga pasti dilanda masalah..kerana apa? kerana inilah hidup..
Jangan mudah melatah dengan masalah...hadapi dengan tenang..ketahuilah wahai para ibu-bapa, anak-anak  inginkan kebahagian dalam hidup keluarga mereka,perhatian dan kasih sayang yang cukup tanpa membahagi-bahagikan....

kepada remaja cubalah menghadapi masalah dengan tenang bukan dengan kekalutan. mencari ketenangan hidup bukanlah dengan cara menghancurkan hidup kita tetapi dengan mendekatkan diri kita kepada ALLAH..Muhasabah diri..cari diri kita..cari kekuatan kita jangan kita permainkan hidup yang bernilai ini. maruah kita cukup mahal..jangan kita murahkan maruah kita...

kepada remaja yang telah banyak melakukan dosa dan noda,jangan berputus asa memohon keampunan daripada Allah...Sesungguhnya Allah itu maha pengampun...jangan kita menjadi manusia yang lemah kerana kesilapan kita yang lalu..terus melangkah walaupun kenangan silam terus menghantui perjalanan kita..jangan kita mengalah dengan masa silam...melangkah dan terus melangkah demi melakar sebuah kejayaan.....
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)