mendepani detik kematian

ASSALAMUALAIKUM...^_^


Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

lihat rankap baris lagu di atas tu.. aku yakin korang semua dah tahu kan siapa yang nyayi...

hari ini. nak berkongsi post tentang KEMATIAN...! bercakap soal kematian adakah korang tidak merasakan apa.apa...! jika tidak... ternyata kita tergolong dalam kalangan manusia yang angkuh...! sesungguhnya mengingati kematian itu akan menambahkan iman kita... membuat kita berusaha untuk memenuhi bekalan takwa untuk kita bawa di akhirat kelak...

kematian memang satu perkara yang amat menakutkan juan mengerikan tetapi hakikatnya kematian tetap akan berlaku.. sama ada kita sedia ataupun tidak..kita tetap akan berdepan dengan kematian...! barzakh dan hari akhirat adalah ketentuan yang tidak dapat disamgsikan. satu kemestian yang bakal dihadapi oleh setiap insan yang hidup dibumi ilahi. sepertimana firmanNYA:
SETIAP DIRI AKAN MERASAI DETIK KEMATIAN- SURAH ALI IMRAN:185
Pernahkah kita membayangkan detik dijemput kematian..? saat diri dimandi dan dikafan, lalu diusung untuk disemadikan? bersediakah kita mendepani saat-saat itu...? segala kekayaan, keluarga jua kebahagian akan kita tinggalkan...!

benarlah... bercakap soal kematian tanpa penghayatan, amat mudah dilaksanakan. seperti melontar idea tanpa jusifikasi atau membaurkan ilham tanpa fakta ilustrasi. juga seperi bercakap sesuatu tanpa objektif, yang langsung tidak dibicarakan menurut penghayatan sebenar di bumi yang penuh realiti.

apabila kita diasak oleh gemerlapan nilai keduniaan yang kukuh, kita menganggap detik kematian sebagai sesuatu yang jauh untuk dilalui. walhah kematian itu amat dekat dengan hidup kita... saban hari, dunia yang indah kelihatannya inilah yang kita kejar. setiap waktu berlalu banyak impian dan hasrat yang kita wujudkan. terus bermimpi dan berkhayal untuk mengapai sesuatu, lalu menyambung satu demi satu keindahan yang kita harap dapat mencapainya dalam hidup yang singkat ini...

realiti kehidupan kita hari ini ialah menganggap kematian sebagai sesuatu yang menyedihkan, menakutkan dan tidak 'disenangi' apabila dibicarakan... apabila dipaparkan dihadapan kita betapa kecilnya liang lahad yang berbataskan tanah liat serta jenazah yang sempuran dikafankan... kemudian ditutup dengan sekeping papan sebelum dikambus tanah menjadi pusara..: kita sejenak berasa insaf.. namun kita sering berharap, agar masa kita masih panjang dan belem bersedia untuk berada dalam batas liang lahad itu.

realitinya kematian dan kehidupan satu gandingan yang merupakan ujian daripada ALLAH, untuk dilihat sesiapa yang lebih baik amalannaya. itulah perlaksanaan yang perlu dilakukan dengan disandarkan atas hakikat dosa dan pahala yang tidak kelihatan...!

bait kata-kataku ini tidak dan tidak bukan semata-mata ingin mengingati kita semua hakikat sebenarnya kehidupan yang bakal berakhir dengan kematian... datang dari hatiku, aku berharap agar kematianku kelak dalam keadaan iman dan islam...

sekian...
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

tolonglah...! saya tak suka makan ubat...! :(

ASSALAMUALAIKUM..^_^....

MOOD..: stress sesangat... why..? demam tak baik lagi lah.. hidung tersumbat + sakit tekak + batuk+ dan seumpama dgnnya.. hari nie dah masuk hari yg ke-3 tak makan sesuap pun nasi tau.. lapar tu memang lapar tpi tak blh nak telan lah  nasi...!..:(.. betul-betul takde selera...

semalam baru je pergi hospital... walaupun aku nie jenis yang tak suka pergi hospital tetapi kerana paksaan drpd my mum dlm keadaan terpaksa pergi jugak lah.. lgi pun tak baik kan bantah jgn mak kita... alahai.. 2 jam menjadi tetamu kehormat kat hospital..! banyak lol orang... suke3...( sindiran tu sebenarnya..)..

mmmm... amboi.. banyak jgk aku dapat ubat.. 5 pekat ubat aku dapat.. entah jgk ubat ape...! tak tgk pun...!
balik rmh..terus je baring atas katil...! aduhai macam setahun tak jumpe tilam.. tidur sampai tak ingat dunia..he3..:P...

bercakap soal ubat...! lantaklah ubat jenis ape sekalipun aku memang tak suke nak makan...! tolong jgn paksa aku makan ubat lah...! memang tak akan makan..! tapi ape gunenye kan..pergi hospital, dr. bgi ubat tapi tak makan... whatever..! aku memang tak suka nak makan ubat.. tekak nie tak blh nak telan tau tak..

hahaha... aku masih ingat.. ade lah satu ketika tu.. my mum suruh makan ubat then aku pun ckp ok.. masuk bilik, ambil ubat buang dlam tong sampah...! hahahaha... hobi aku lah tu buang ubat..! .......


terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

indahnya membaca AL mathurat

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...!

ASSALAMUALAIKUM...^_^

ucaplah kalimah alhamdulillah kerana kita dapat mencelik mata lagi di atas muka bumi ini...

alhamdullillah.. syukur kehadrat ilahi kerana dgn izinNYA.. tangan kurniaaNYA dapat lagi menari-nari di keyboard laptop nie.. alhamdullilah..! walaupun sekarang nie kepalaku masih berdenyut-denyut kesan daripada demam+batuk+selsema tapi hati ini terasa ingin cepat berkongsi tentang tajuk kat atas tu...

benarlah... indahnya tatkala bibir ini menutur lembut kalimah suci zikir al-mathurat..! sungguh..! terasa sungguh lain hari-hari yang aku lalui dengan membaca kalimah suci zikir al-mathurat. percaya atau tidak disebabkan kejahilan aku tentang zikir al-mathurat nie maka baru 2 hari aku mengamalkannya.. selama ini aku langsung tidak mengetahul apa itu mathurat.. jujur itu bagus bukan.. 16 tahun jadi penghuni bumi ALLAH.. baru ku kenal indahnya bacaan al-mathurat..

jujur..ikhlas aku katakan.. saat membaca zikir al-mathurat dikala waktu subuh dan asar mendatangkan ketenangan di dalam hati aku... memberi kelapangan di dalam dada ini dan mendidik hati ini agar sentiasa merindui allah..!..alhamdulillah...^_^.. syukur kepada ALLAH kerana memberikan aku hidayah untuk mengamalkan bacaan zikir tersebut. apa yang aku harapkan tika ini, hanyalah supaya aku sentiasa mengamalkan zikir tersebut. tidak kira sesibuk manapun diri ini aku akan tetap mengalunkan zikir tesebut..

apa itu mathurat...? aku yakin masih ada insan di luar sana yang masih belum mengetahui apa itu mathurat..:-
1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

percayalah...amalkan bacaan zikir tersebut kerana ianya akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan disamping keutamaan dalam segenap aspek kehidupan.

ingatlah....: !...:-    Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...


ketahuilah juga..:-jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

apa pula kelebihan zikir al mathurat..:-....

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



diariku kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman aku dengan bacaan kalimah suci zikir al-mathurat.. bersama-samalah kita mengamalkannya untuk mendapat keredhan allah...






terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

tips bercakap dengan yakin dalam sesuatu pertandingan

ASSALAMUALAIKUM.....

lihat semula kepada tajuk diatas...! anda berminat nak mengetahui secara detail tentang post kali ini...? kalau berminat teruskan pembacaan anda tapi kalau tak berminat anda tiada pilihan lain anda mesti baca jugak..kehkeh..!
 
 bercakap dihadapan khalayak ramai bukanlah satu masalah bagi aku yang semestinya memang suka bercakap dihadapan orang... memang tidak dinafikan perasaan gemuruh  akan wujud dalam diri setiap individu... tetapi perasaan itu boleh diatasi... semua orang boleh bercakap dengan yakin di depan orang..apa yang penting ialah keyakinan dan semangat dalam diri kita. bagi aku, kebayakkan daripada kita takut untuk berucap dihadapan orang adalah kerana takut membuat kesilapan. nah..! itulah penyakit yang harus kita buang dalam diri kita. kalau kita takut membuat kesilapan sampai bila2 pun kita tidak akan berani tampil dihadapan orang ramai.

  kalau korang nak tak tahu aku merupakan seorang pemidato dan pendebat disekolah ( sory ye..! bukan nak menunjuk-nunjuk..! dont think negative ..ok..^_^..)...  menjadi seorang pemidato memerlukan aku supaya tampil dihadapan orang dengan keyakinan..! perasaan gemuruh memang ada tetapi jika kita pandai mengawal perasaan gemuruh itu maka kita akan mampu membawa diri kita jauh ke hadapan.. pengalaman 4 tahun menyertai pertandingan pidato syarahan dan debat menyebabkan aku sudah biasa dengan semua itu dan mampu mengawal perasaan gemuruh.. percaya atau tidak... semasa disekolah rendah aku dikenali sebagai pelajar yang agak pendiam dan pemalu tetapi naik ke tingkatan satu ada satu perasaan yang wujud dalam diri aku.. perasaan itu adalah ingin mencuba perkara yang baru dan mencabar....

ok lah.. tak nak bercakap soal pengalaman aku sebab nanti akan aku update tentang pengalaman aku memasuki pertandingan2 tersebut... so nantikan ye.. sekarang nie nak berikan korang tips2 untuk berucap dengan yakin dalam sesuatu pertandingan.. tips tu, semua aku guna semasa bertanding dalam pertandingan pidato, syarahan dan debat..!...

1.BERANI
sebenarnya.. itulah kunci utama bagi aku untuk aku berucap atau bercakap dihadapan orang. berani harus ada dalam diri kita. kalau perasaan takut yang menggantikan perasaan berani dalam diri kita maka kesannya kita tidak mampu menjadi yang terbaik. takut untuk tampil dihadapan audiens merupakan satu kelemahan dalam diri dan kelemahan itu harus kita buang. 
2.ANGGAP ORANG LAIN TIDAK TAHU APA YANG KITA SAMPAIKAN.
maksudnya... apa yang kita ingin sampaikan hanya kita yang tahu dan orang lain belum tahu maklumat yang ingin kita sampaikan. dengan ini kita akan lebih yakin dengan kebolehan kita bercakap kerana kita ingin sampaikan sesuatu yang orang lain belum ketahui.
3JANGAN TAKUT MELAKUKAN KESILAPAN
  biasanya...inilah faktor yang menyebabkan ada orang takut untuk berucap. mereka takut melakukan kesilapan. manusia yang berjaya tidak takut untuk melakukan kesilapan. dengan kesilapan itu akan membuatkan mereka lebih berhati-hati di masa akan datang.
4.BUAT PERSEDIAN AWAL.
ini lah antara tips yang paling penting jugak. jangan mentang2 kita yakin, kita boleh bercakap depan audiens so kita tak buat persedian apa2.. last2 time pertandingan kita terlupa teks bukankah nanti akan mengecewakan kita. so buat buatlah persedian sebaik mungkin.
5.DOA DAN TAWAKAL.
sebagai umat islam.. segala usaha kita hendaklah disertai dengan doa seterusnya tawakal. sebelum turn aku berpidato, aku tak henti-henti berdoa supaya aku mampu buat yang terbaik. dan selepas siap je aku masih berdoa supaya aku mendapat kejayaan setanding dengan usaha aku then aku tawakal. apa sahaja keputusan pertandingan, menang atau kalah aku akan menerimanya.

------------> sekadar perkongsian kepada korang semua.. kalau rase nak amalkan.. just amalkan..!  ^_^
 

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

salam maal hijrah

assalamualaikum.. senyum..^_^....

sebaimana yang kita semua ketahui... 27 nov 2011 merupakan satu tarikh yang amat penting kepada kita sebagai umat islam... aku yakin sudah semestinya kita semua mengetahui hakikat sebenar tarikh tersebut.
maal hijrah atua awal muharram merupakan permulaan baru bagi takwin islam UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi yang lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng tenaga dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.

walau bagaimana pun konteks hijrah sangat luas.. jika anda seorang pelajar ting. 4 pasti sudah mempelajari soal hijrah dengan lebih meluas dalam matapelajaran sejarah.. seronok bukan mempelajari sejarah..? hijrah bukan sekadar bermaksud kita berpindah dari kota makkah ke kota madinah juga bukan perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Tetapi juga dari sudut bagaimana kita hendak menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w dalam menjana dan menobatkan Islam di persada dunia. Namun marcapada ini, kita sedih melihat umat Islam sekadar membilang detik masa dan mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tatasusila sebagai seorang manusia. Adakah ini yang diajarkan oleh umat islam terdahulu? Sebilangan besar kita pula masih terkapai-kapai mencari erti sebenar kehidupan dengan mengejar kejayaan dan keseronokan dunia sehingga alpa bahawa hidup ini hanyalah sementara taktala diri ini semakin hampir menghadap Maha Pencipta.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

hijrah juga membawa pengertian peralihan daripada suatu yang negatif kepada suatu yang positif (baik..).. jika dulu kita terkenal dengan gelaran samseng jalanan, bohsia, bohjan, mat rempit, minah rempit.. nah..! tiba masanya kini kita ubah diri kita.. kita cari identiti kita yang sebenar.. jangan lagi kita terkapai-kapai tidak tahu hala tuju. islam adalah jalan yang benar. hanya agama islam yang mampu membawa kita kepada kebahagian diakhirat kelak.. memang benar dunia ibarat neraka kepada orang islam tetapi ibarat syurga kepada orang kafir.. tapi kita harus sentiasa ingat bahawa dunia tidak akan memberi apa-apa kepada kita... kebahagian hakiki kita adalah di akhirat kelak di syurga. 

Sudah terang lagi bersuluh, umat Islam nyata perlu berhijrah dari melakukan perbuatan yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik dan kejayaan sebagaimana sabda Rasullulah,

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, kita perlulah sentiasa meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mampu menggugat keimanan kita. Generasi muda Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi insan cemerlang. Ummah perlu menjadikan sejarah penghijrahan dan perjuangan Rasulullah sebagai pencetus kejayaan.

Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah dan disebut dalam al-Quran Karim yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya.” (al-Baqarah: 218).

Umat Islam memerlukan ilmu untuk mengukir kejayaan kerana ia merupakan aspek terpenting dalam usaha melakukan anjakan paradigma menuju kegemilangan. Sejarah membuktikan jatuh bangun sesebuah bangsa bergantung kepada ilmu. Tanpa ilmu, sesebuah bangsa dan negara itu akan diperalat dan ditindas.
Namun, sejarah Islam telah memberikan contoh jalan yang terbaik seperti kegemilangan Islam yang banyak disumbangkan oleh golongan ilmuan Islam. Mereka bukan sahaja warak tetapi berilmu. Nama-nama tokoh seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Kindi, Ibnu Hayyan, Umar al-Khayyan dan al- Khawarizmi cukup mengerunkan dunia dengan ketinggian ilmu pengetahuan. Tetapi sayangnya, kegemilangan tamadun Islam gagal dipertahankan. Penjajahan kuasa Barat ke atas negara dunia ketiga khususnya negara-negara Islam, telah berjaya memusnahkan dominasi Islam terhadap tamadun ilmiah.

Negara Barat turut belajar rahsia kegemilangan Islam sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang disegani masyarakat dunia. Kita dapat melihat pada dunia hari ini ketika mana beberapa negara seperti Jepun, China dan Korea Selatan mencapai kemajuan hebat dalam pelbagai bidang hingga mampu bersaing dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis. Jepun yang suatu ketika dahulu hampir musnah apabila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki,masih mampu untuk bangun dan berhijrah menjadi bangsa maju serta dihormati oleh dunia. Apakah rahsia di sebaliknya? Jawapannya mereka memartabatkan ilmu itu sendiri

Suatu ketika dahulu, umat Islam berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka umat cemerlang. Mereka membawa rahmat besar dan mewujudkan kualiti modal insan yang mementingkan pembangunan rohani dan material. Mereka berjaya membebaskan kesesatan akidah manusia dengan mewujudkan negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, sebahagian Eropah dan beberapa kawasan di Asia. Mereka juga berjaya menjadikan negara Islam sebagai pusat ilmu pengetahuan dan tempat rujukan dunia. Manusia berpengetahuan dan berilmu, menjadi tenaga penggerak tamadun manusia. tidak tidak dapat dinafikan lagi, kemuncak dunia Islam sebagai pusat utama ilmu pernah wujud pada zaman kerajaan Abassiah pada abad kelapan dan sembilan Masihi.
Seiring dengan sifat mahu menuntut ilmu, umat Islam wajar menanam sikap mampu memberi pendapat, idea dan inovatif, merekacipta sesuatu yang baru dan menjadi masyarakat pintar. Kita tidak boleh hidup dalam dunia yang jumud dan mengharap perubahan datang dengan sendiri tanpa usaha. Firman Allah Taala yang bermaksud,

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ”. (surah al-raa’d :11).

Justeru itu, dengan semangat Maal Hijrah umat Islam perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan diri. Jika sebelum ini kita menanam azam sempena Tahun Baru Masihi, kita juga perlu mempunyai azam yang lebih kuat atau setidak-tidaknya sama, sempena Tahun Baru Hijrah.

Kita perlu membuang sikap malas, lesu dan mundur selain meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kebijaksanaan bagi menjana kemajuan dan pembangunan negara. Kini, sudah tiba masanya umat Islam di seluruh dunia bangkit dari takuk lama dan menjadi umat yang cemerlang di mata dunia dengan mengikuti jejak langkah umat terdahulu yang pernah meletakkan Islam sebagai pembina tamadun terunggul di dunia. 

tahun hijrah kali ini.. ayuh kita perkukuhan azam kita. dan yang paling penting tanamkan azam untuk jadi manusia yang lebih beriman kepada allah taala. selain itu, Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
salam maal hijrah.. berubah bukan kerana inginkan perhatian dan pujian tetapi berubah kerana cintakan allah.. ingat allah maha mengetahui isi hati kita.. ikhlas atau tidak hanya allah yang maha mengetahui...




terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

sok-sek..sok..sek

assalamualaikum...senyum..^_^..

aduhai..! lame sungguh aku tak update blog kat diari nie... biasenye update kat tips and bicara hati...!.. opps..! lupe nak tanye.. korang semua sihat tak..? hope sihat lah ye.. klu tak sihat cepat2 jumpe doktor tau..!..:)

ok.. tup2 dah 1 minggu kite bercuti kan..? mesti korang tgh seronok menghabiskan cuti sklh nie.. aku..? until now masih teperap kat rmh nie..! nak pergi bercuti jgk...!..:(.. tapi takpe lah.. duk kat rmh je lah..!

sepanjang cuti nie..seawal jam 6.30 dah bangun tidur.. saat org lain masih di dalam selimut, al maklumlah musim hujan mesti liat nak bangun kan..kan..kan..! tak baik tipu tau...! aku pulak slps solat subuh, bermule lah kemas rmh dari basuh kain, jemur kain, lipat kain. mop lantai, cuci pinggan and bla..bla..bla..bla...!.. penat..?
penat tu memang penat tp nak buat macam mane kan.. anak perempuan mesti kene buat semua tu.. kalau bukan aku yg buat nak harapkan siapa..? adik lelaki aku..? kerje dye pun duk menghadap tv 24 jam.. kadang2 jeles jgk tgk dye time cuti nie relax je.. aku pulak yg kepenatan..

tapi kan..tapi kan.. kalau kite buat semua tu kite akan dapat rasa macam mane penatnye mak kite buat semua tu.. penat tau..! so nak pesan nie..( kalau mak kite suruh buat kerje jgn membantah tau.. buat..! kalau kite penat mak kite tidak terkire penatnye tau..)..:nasihat utk aku sendiri..!..

ape  lagi nak sok-sek eh..! oh ye.. nak kongsi sikit nie.. tekanan lah aku..! nak tahu kenapa..? mmmm.. aku nie bkn lah jahat sgt tapi..tapi..tapi.. adoi..! stress lah..! sory2.. buat korang semuan pening..! meh nak kasi tau..!

kat rmh aku  skrg nie adelah sepupu aku dari sabah.. name dye kahar..! lelaki..! aku perempuan.. korang mesti dah agak ape masalah aku kan..? aku perempuan dye lelaki so kenelah jge aurat kan.. tipa hari aku kene pakai tudung.. mkn pakai tudung, tgk tv pakai tudung, nak keluar dari bilik pakai tudung.. yg paling tertakan pergerakan aku terbatas tau.. bukan aku tak sudi kalau dye duduk rmh aku tapi dye akan duduk dalam jangke mase yg panjang..! mgkin setahun, mungkin 2 tahan atau mungkin 3 tahun..! alahai..! lamenye..!

ade satu hari tu..  ade someone call aku then dye nak cakap dgn ayah .. aku pun keluar dari bilik tanpa pakai tudung.. blur..! aku langsung tak teringat yang ade lelaki bukan muhrim kat rmh aku.. aduhai..! stress sgt mase tu.. iye lah kan... aurat kite org lelaki yg bkn muhrim kite senang2 je tgk... aku nie bkn lah pelajar sekolah agama dan bukanlah baik sgt tapi aku ade agama, agama islam yg menegah hambaNYA daripada menampakkan aurat kpd yg bukan muhrim..!

aku tak kisah kalau pakai tudung.. bukan satu perkare yg susah pun utk kite lakukan kan..? tpi aku seakan tdk blh terime kalau dye akan duduk rmh aku dalam jangke mase yang panjang... sebelum nie.. memang ade jgk lah sepupu aku yg lain dtg kat rmh aku bercuti tp tak lah lame sgt..! lagi2 aku nie bknnye peramah sgt dgn lelaki...! nanti tak pasal2 dikatakan aku sombong pulak sbb tak bercakap sgt dgn dye..!... pening3..

sekian..!
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

janganlah bersedih

semua manusia tak kira muda, tua, kaya, miskin, wanita, lelaki dan seumpamanya pasti akan melalui ujian demi ujian dalam kehidupan.. kita akan terus diuji dan diuji kerana kita semua kepunyaan ALLAH.. kadang-kadang hidup ini diasak dengan pelbagai dugaan yang tidak pernah kita bayangkan jauh sekali mengharapkan namun ia berlaku dalam kehidupan kita.. ingatlah ujian dan dugaan yang kita hadapi bukan untuk menjadikan kita seorang yang lemah tetapi menjadikan kita seorang yang tabah dalam menghadapi dugaan demi dugaan. jangan menunjukkan diri kita lemah..! saat mata ingin mengalirkan titisan jernih, jangan kita halang tapi biarkan.. biarkan air mata itu menitis kerana air mata itu mampu menenangkan diri kita.. ya..! mungkin air mata itu tidak dapat menyembuh luka dihati tapi cukuplah melegakan kita.. aku juga menangis saat dugaan datang bertimpa-timpa kerana aku juga manusia biasa.. kadang kala lemah dengan ujian dariNYA tetapi aku tetap mencari kekuatan untuk membentuk diri aku menjadi manusia yang tabah..


Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi
dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan
diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang
payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi
bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai
ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.

Inilah panduan:
1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
“sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
….Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 216
3-Kenapa ujian seberat ini?
” ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesan-
ggupannya,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 286
4-Kenapa rasa keciwa?
” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman,”
…..Surah Al-Imran ayat 139
5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuat-
kan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),
dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai
kemenangan).”
…..Surah Al-Imran ayat 200
6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……
….Surah At-Taubah ayat 111
7-Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya
aku bertawakal.”
…..Surah At-Taubah ayat 129
8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
…..Surah Yusuf ayat 12

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

tips mengekalkan sebuah persahabatan..!

 dalam dunia ini semua manusia memang memerlukan sahabat... kita semua mengimpikan ingin mempunyai seorang sahabat yg sentiase ada disamping kite kala suka dan duka.. kita sudah mempunyai sahabat jadi tugas kite sekarang adalah untuk mengekalkan tali persahabatan ini..! bagaimana..? tgk kt bawah yup..^_^


Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan…
Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.
Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

wahai diri...siapakah aku..?






pernahkah kita bertanya: siapakah diriku ini? dari mana aku datang? siapakah yang menciptakan aku? siapa yang menciptakan alam ini? mengapa aku bekerja, makan, minum dan tidur? mengapa aku hidup di muka bumi ini? dan kemana kesudahanku setelah aku dicengkam maut? apakah sebenarnya satu kehidupan lain sesudah mati itu wujud? dan apakah kehidupan ini hanya didunia semata-mata?

tidak syak lagi bahawa kebayakan manusia di atas muka bumi ini sekarang berada didalam kesesatan dan kebodohan..! bukan kerana mereka tidak bijak meredah hutan belantara, bukan kerana mereka tidak tahu menyelami lautan. bukan juga mereka tidak pandai terbang seperti burung di angkasa raya. bukan..bukan.. dan bukan.. bahkan mereka lebih bijak dari binatang buas dihutan, mereka lebih bijak dari ikan di lautan. mereka lebih cerdik dari burung-burung terbang di angkasa...!

kalau begitu mengapa mereka dikatakan bodoh dan sesat..! sesungguhnya mereka tidak kenal akan hakikat "hidup". dari mana mereka datang? apakah matlamat hidup mereka dan apakah kesudahan mereka? kebanyakan manusia, samada yang ISLAM apatah lagi yang bukan islam, menganggap bahawa kehidupan ini hanya untuk berfoya-foya, berseronok-seronok dan bergembira..!

mereka merasakan bahawa dunia inilah satu-satunya tempat bagi mereka untuk menghabiskan masa dengan bersenang-senang dengan berbagai-bagai hiburan dan keinginan..! mereka langsung tidak ingat akan diri mereka..! mereka tidak pernah menyoal tentang kehidupan mereka...! mereka tidak pernah bertanya tentang hari yang bakal tiba..!!!

cuba lihat sekeliling kita..: lihatlah rumput yang menghijau di taman, lihatlah awan yang berarak indah. lihatlah langit yang terbentang luas. tenungilah hujan yang turun dari langit. perhatikan siang dan malam silih berganti tnp pernah kecoh. saksikanlah matahari yang menerangi alam ini. siapakah yang menjadikan semuanya itu dan mengaturnya sebegitu rapi..? dan untuk apa ia dijadikan? tidakkah kita terfikir bagaimana bumin ini dijadikan dengan seni yang begitu halus dan indah..?... subahanaallah...! indah betul ciptaan allah...!


Add caption

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

DERITA SAKIT ITU BAHAGIA

senyumlah padaku
tahanlah gulanamu
sabarlah sewaktumu pada dunia
yang bakal berlalu


sakit derita bukan hukuman
bukan pula juri dendam
yang membunuh kebahagian
bukan ditakutkan dengan kematian
ia adalah permulaan bahagia
berjumpa ar-rahman


jangan diseksa kedamaian lalu yang telah luput
atau kecewa mengimbau keindahan
hidup yang kian surut
atau mengeluh kesal dengan sihat
yang telah larut


kebahagian hakiki bukan disini
keindahan yang diharap
tidak selamanya
akan abadi


bersyukurlah.....
bahawa derita sakit itu tanda kasih daripada allah
mengangkat taraf insan dengan keampunan dan rahmah
penghapus kealpaan diri yang terleka
tentang zikir, doa dan pasrah


bahagialah dengan sakit derita
kilas pahala dan keampunan
tidak terhenti berganda
darjatmu diangkat buat melupuskan 
segala kesalahan dan dosa


bahagialah dalam sakit derita
aku juga menumpang pahala
menziarahimu dengan senyum dan gelenang kasih air mata...






terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

sejarah harus dihadapi.

 sejarah...! berkata soal sejarah pasti banyak pandangan daripada kita semua.. kerana apa..? kerana setiap daripada kita ada sejarah yang tersendiri. tidak kiralah sama ada sejarah itu kecil,besar, sedih, duka ataupun sejarah hitam yang melanda diri kita. bohong..! kalau kita mengatakan..." aku tidak mempunyai sejarah hidup..". ketahuilah kita semuanya mempunyai sejarah hidup masing-masing. ketahuilah juga bahawa sejarah hidup kita tidak mungkin dapat kita hapuskan dalam hidup kita.! ye..! memang ada sesetengah orang yang tidak mahu menghapuskan sejarah hidupnya kerana sejarah itu begitu beerti dalam hidupnya... sejarah itu sangat membahagiakannya... tapi sedihnya, ada orang berusaha untuk membuang, memadam, mematikan sejarah hidupnya kerana sejarah itu sangat memeritkan baginya. namun mustahil sejarah itu akan terhapus..

sejarah hitam yang memeritkan, siapa sanggup menanggungnya...! bibir mudah menutur kata sabar tapi hatilah yang robek dihiris belati tajam. insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran tetapi kitalah yang mengetahui hakikat sebenar keperitan menanggung sejarah hitam itu...! sering kali kita mendengar, di saat kita menerima ujian dan cubaan daripada allah pasti ada orang yang mengatakan...:

    "sabar...! jadikan sejarah ini sebagai pendorong untuk kamu terus melangkah.."

bibir tersenyum mendengar kata azimat itu tapi tahukah dunia bahawa hati menangis mendengar azimat itu..! mengapa..? kerana adakalanya kita lemah apabila kenangan lama bertamu diingatan. betapa sakitnya hati ini jika sejarah itu kembali bertamu diminda...! tapi jangan kita salahkan takdir hidup ini..! jangan kita salahkan sejarah itu kerana sesungguhnya kehidupan ini akan lebih bermakna jika ada sejarah...!

Sering terjadi kita cuba menghilangkan titik hitam yang tercatat pada lebaran sejarah hidup kita. Hakikatnya, setiap yang berlaku tidak akan kita dapat mengubahnya kembali.Menghilangkan dan memadam sejarah adalah suatu yang mustahil.  usaha untuk memadam sejarah adalah usaha yang sia-sia.


Sejarah sudah pasti berlaku dan tidak dapat dipadamkan. Seharusnya kita menerima hakikat ini dan mula berganjak ke hadapan. Tidak usah fikirkan cara untuk memadamkan dengan apa terjadi. Malah ingatan pada otak kita juga tidak akan berjaya kita padam semudah itu. Biarlah masa menguruskannya dan kita mengurus diri kita sendiri. Yakinlah, sejarah itu hanya akan kabur di makan waktu dan akan terus kabur apabila kejayaan dan kebahagiaan menggantikan dan memakan sisa sejarah lampau.
mengapa takut hidup dengan sejarah silam kita..?

hidup ini kadang-kadang diasak dengan pelbagai cubaan maka sejarahlah yang akan menyakinkan kita untuk terus berdiri dihadapan. untuk apa kiranya kita kecewa dan sedih dengan sejarah silam kita..? untuk apa kiranya jika kita malu dengan sejarah silam kita...? bangkitlah..! lupakan sejarah itu...! bangunlah dari lena kita..! sedarilah sejarah silam tidak akan menjejaskan masa depan kita. jangan sebab sejarah yang kita hadapi membuatkan kita takut untuk menghadapi masa depan kita. kita juga berhak untuk mempunyai masa depan yang cerah dan bahagia. andai kata ada insan yang tidak boleh menerima masa silam kita, maka redalah dan tinggalkan insan angkuh itu kerana percayalah dalam dunia ini pasti ada yang boleh menerima kita....

-ikhlas.
-hasnah-^_^
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

karangan: ciri-ciri pelajar cemerlang....

btl ke nie soalan spot spm....!... dakpe bace je... tapi karangan nie bukan aku yang buat tau.. copy paste dari blog nie.. klik sini...





Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan namun, remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap, Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.”Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.
Kecemerlangan dari aspek akademik merupakan salah satu elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik Rakyat sihat, negara maju dan akan menjauhi gelarankatak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu, remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan. Remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Selain itu, remaja yang berkualiti juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhurRemaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinah dan madani pada suatu hari nanti.
Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu kreatif dan inovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.
Intihanya, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
[724 patah kata]




terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

tips belajar berkumpulan.

 assalamualaikum semua.. senyum..^_~...! peace... sebelum itu aku nak ucapkan semoga maju jaya kepada semua kakak2 & abang2 yg menduduki exam spm pada hari ini...! usaha tangga kejayaan..!..

ok.. hari ini aku nak kongsilah sikit tentang tips belajar berkumpulan.. aku yakin mungkin ada antara korang semua nie yang nak sgt study group tp last2 hangat2 tahi ayam jep...! kenapa ek..?...! tak payah lah nak cari sebabnya... nanti pening kepala pulak fikir.. ok.. semua nie aku dapat daripada kaunseling online...! moga bermanfaat..!.. okp..! jgn buang mase terus je bace tips kat bawah nie..! bace sampai habis tau..! jgn sekerat-kerat je.. :)

Belajar Berkumpulan

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita
telah laksanakan tersebut?.

Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah
tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah
dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang
berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu
perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi
tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek.
Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita
cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita
boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.

Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka
panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta
dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita.
Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu
menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat
diperlukan.

Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat
pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita
mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran
pembelajaran yang berkesan.
Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi
apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang
cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang
berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara
neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.

Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah
kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar
cara untuk belajar.
Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang
betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila
disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.

Teknik Belajar

Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular
di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila
ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara
kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah
yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah
pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang
belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya
sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi
dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar
berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar
secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan
tanggapan yang salah.

Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh
dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara
kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti
membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama,
atau kumpulan  yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri
daripada pelbagai
latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih
berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar
secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada
sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan
daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan
pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli  kumpulan. namun
demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang
tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur,
bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk
"sumbang saran" atau menyemarakkan idea.

Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni
kesanggupan untuk  berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan
hipotesis secara kritis
dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang
menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir
yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang
tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar
yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di
kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan
juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka
ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.

Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan
yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya
adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan
kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.
2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga
memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting
kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan
dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan
kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang
dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.
Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang
demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.


5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang
sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita
semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan
apabila kita
sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.
Bagaimanakah
perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,
justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang
dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain
merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya
perbincangan dan soal jawab.  Semakin banyak perkara yan relevan
dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan
sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya
membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal
dalam membincangkan tajuk tersebut.
Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah
dengan pemahaman kita.


7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari
secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai
ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan
tanggungjawab kepada semua ahli.  Maka laksanakanlah tugas seperti tugas
mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.
Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.






K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.


terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

khutbah jumaat: islam dihina umat merana..!

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
Kini kita berada dipenghujung bulan Mei di mana pada bulan ini diadakan beberapa hari peringatan yang penting dalam kalendar masyarakat setempat mahu pun antarabangsa. Antaranya ialah Hari Pekerja yang disambut setiap 1 Mei bagi mengenang jasa para pekerja yang mengerah segala usaha dan tenaga dalam memajukan pelbagai sektor yang membawa kepada kemajuan negara. Bila kita bercakap berkenaan dengan kerja maka Islam menggalakkan umatnya bekerja dengan mengikut lunas yang telah disyariatkan antaranya mestilah kerja itu adalah halal bukannya terlibat dengan perniagaan haram seperti arak, judi, riba dan sebagainya. Islam tidak melarang umatnya daripada bekerja dan mencari harta kekayaan asalkan menjaga batas syarak seperti menutup aurat, menjaga pergaulan antara pekerja lelaki dan perempuan, amanah dalam melaksanakan tugasan dengan menjauhi pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Kita tidak mahu umat Islam terkena racun yang disuntik oleh jarum yahudi yang menggalakkan pergaulan bebas antara pekerja yang menyebabkan berlakunya gangguan seks di tempat kerja. Islam juga mewajibkan manusia menjaga hak masing-masing samada hak majikan atau pekerja bawahan. Manusia mempunyai perasaan bukannya mesin yang boleh dilakukan sesuka hati sebagaimana ajaran kapitalisme yang menganggap pekerja adalah hamba majikan yang diikat dengan perjanjian sehingga masih ramai pekerja walau pun siang malam bekerja tetapi gaji yang diterima masih di bawah tahap kemiskinan sedangkan keuntungan yang dikaut oleh majikan begitu tinggi. Islam turut mengingatkan umatnya bahawa dalam mencari rezeki jangan melalaikan kita daripada mengingati Allah dan menambah bekalan akhirat kita. Jangan asyik mengejar dunia sehingga akhirat kita entah ke mana. Ingatlah suatu pesan nabi
قال الرسول e : لَوْ كَانَ  ِلابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَ بْتَغَى ثَاِلثًا وَلاَ  يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا َّالتُّرَابُ وَ يَتُوْبُ اللهِ عَلَى مَنْ تَابَ
Maksudnya : Seandainya anak Sdam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan lembah harta yang ketiga. Sedangkan yang sebenar memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah kuburnya dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat – HR imam Bukhari dan Muslim
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat  14 surah Luqman :
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
Bulan Mei juga disambut Hari Ibu walau pun ia merupakan amalan masyarakat barat yang semakin hilang perasaan hormat dan kasih pada ibu sehingga ramai ibu yang lebih rapat dengan kucing atau anjing belaan daripada anak-anak sendiri. Tidak salah untuk kita turut merai Hari Ibu asalkan jangan pada hari yang lain kita terus mengabaikan kebajikan terhadap ibu kita. Betapa ramai umat Islam sendiri pada hari ini yang kurang memberi perhatian sewajarnya terhadap ibu sedangkan ibu inilah yang berpenat lelah mengandung kita dalam kandungan selama 9 bulan seterusnya menyabung nyawa ketika melahirkan kita. Sikap mengejar kebendaan antara penyakit utama yang menyebabkan ramai ibu yang dipinggirkan. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa luang dan pelbagai lagi alasan diberikan apabila ditanya berkenaan dengan kebajikan ibu. Ada yang rasa sudah cukup sekadar menghulurkan wang bulanan atau menyerahkan ibu untuk dijaga di rumah orang-orang tua. Apa yang malang apabila anak-anak ini tanpa rasa bersalah mengungkitkan segala pemberian mereka kepada ibu sedangkan mereka wajib sedar bahawa harga setitik air susu ibu tidak mampu dibayar dengan harta benda dunia. Ajaran yang diterima daripada kecil turut memberi kesan terhadap rasa tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya. Jika pemikiran anak-anak tertanam bahawa wang adalah segalanya maka bagi mereka cukup sekadar wang sebagai tanda kasih pada ibu tanpa perlu lagi kepada perhatian dan kasih sayang. Betapa ramai ibu yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibunya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibu di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu
عَنْ جَاهِمَة السُّلَمِيِّ جَاءَ إِلىَ رَسُوْلِ اللهِ e فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَدْتُ الغَزْوَ وَجِئْتُكَ أَسْتَشِيْرُكَ فَقَالَ : هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ, قَالَ: نَعَمْ, فَقَالَ : الزَمْهَا فَإِنَّ الجَنَّةَ عِنْدَ رِجْلَيْهَا
Maksudnya : Daripada Jahimah al-Sulami bahawa dia datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasulullah! Aku ingin berperang, dan aku datang untuk berbincang. Rasulullah bertanya : Adakah engkau mempunyai ibu?. Dia menjawab : Ya!. Rasulullah bersabda : Dampingilah dia sesungguhnya syurga terletak di kedua kaki ibu – HR al-Hakim
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :
فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ  وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
Maksudnya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar
Setiap 16 Mei disambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru yang melahirkan manusia berjasa termasuk pemimpin negara. Pada hari ini kita bercakap berkenaan penderhakaan terhadap guru yang begitu ketara sehingga diperkatakan sekarang berkaitan mahu mengembalikan hukuman rotan di sekolah serta hukuman berat kepada Mat Rempit yang kebenyakannya remaja. Antara puncanya ialah dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa memberi penekanan kepada pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk berdepan dengan cabaran semasa. Tanpa didikan agama, manusia seolah-olah tidak memilikii matlamat hidup yang jelas dan tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara biarpun bercanggah dengan agama. Indeks gejala sosial semakin melonjak adalah disebabkan institusi keluarga yang pincang, cetek pendidikan agama, pembangunan tidak seimbang, pengaruh media massa dan rakan sebaya. Kita hidup dalam zaman fitnah di mana harta dipuja agama dihina, dunia dikejar akhirat ditinggal. Manusia lebih hormat kepada sesiapa yang mampu memberikannya kesenangan dunia daripada sayang kepada ulama’ yang menunjukkan jalan yang betul dalam mengurus dunia berasaskan agama serta bagaimana cara untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.
Firman Allah dalam ayat 9  surah al-Munafiqun:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ







terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)