persedian untuk pertandingan syarahan mtq peringkat negeri

sudah lama rasanya saya tidak berkunjung ke blog saya..ini semua kerana kesuntukan masa yang menghambat diri ini....kerana telah berjaya mendapat johan dalam pertandingan syarahan yg diadakan disekolah,saya terpaksa bersedia untuk bertanding di peringkat zon...dan apabila saya menang sekali lagi diperingkat zon, saya terpaksa berlatih untuk bertanding diperingkat daerah pula...alhamdulillah saya sekali lagi telah menang dalam pertandingan syarahan dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri pada 6-7 mei 2011...saya rasa tidak sabar untuk bertanding tetapi takut juge untuk bertanding....tetapi saya tanamkan keyakinan dlm diri ini bahawa saya mampu lakukan yg terbaik...menan @ kalah itu adalah adat pertandingan.


pertandingan kali ini begitu mencabar daripada pertandingan tahun2 lepas..dimana setiap peserta diwajibkan untuk syarahan spontan dlm masa 8  minit....berbanding tahun lepas peserta harus menyampaikan 2 syarahan iaitu syarahan mengundi dan syarahan spontan tetapi tahun ini hanya syrahan spontan sahaja dan hanya diberikan masa 2 minit untk mencari isi...bagi saya ianya terlalu mencabar dan saya tidak tahu apakah saya boleh lakukan...tajuk syarahan spontan langsung tidak diberi terlebih dahulu...apapun bagi saya ini adalah cabaran dan untuk menjadi seorang pemidato terbaik saya harus sahut cabaran tanpa sedikit perasaan gentar....


sbg persediaan,sy terpakse mencari pelbagai tajuk syarahan dan terpakse practice tajuk tersebut secara spontan.... sy harap anda semua doakan kejayaan saya..amin...
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)