bicara soal akhlak

AKHLAK MERUPAKAN TINGKAH LAKU DAN KEPRIBADIAN. AKHLAK BAIK ATAU BURUK MELAMBANGKAN SIAPA KITA, SIAPA KETURUNAN KITA DAN DARI MANA KITA BERASAL. PENILAILAN SEBENAR TENTANG KETURUNAN KITA BUKANLAH BERDASARKAN SALASILAH KELUARGA YANG BERDARAH RAJA ATAU BANGSAWAN. TINGKAH LAKU BURUK, WALAUPUN DILAKUKAN SEKALI SAHAJA, AKAN MENJATUHKAN MARUAH KELUARGA SELAMA TUJUH KETURUNAN. UMPAMA KISAH MAHSURI YANG DIFITNAH BERSELINGKUH.

SEBAGAI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH, KITA WAJIB MENJAGA AKHLAK DEMI KELUARGA KITA. BUKAN MUDAH IBU AYAH MEMBINA LEGASI KELUARGA YANG BERMARUAH. JANGAN KERANA SETITIK NILA, ROSAK SEBELANGGA SUSU YANG MAHAL. JANGAN KERANA PERANGAI BURUK KITA, NAMA IBU DAN AYAH JADI UMPATAN. UMPATAN YANG AKAN MEREBAK MENJADI CACI CELA DAN PERMUSUHAN SESAMA MASYARAKAT.

MESKIPUN NILAI MASYARAKAT SEMAKIN MEROSOT, PERCYALAH....TIADA SIAPA PUN DIKALANGAN ORANG LAMA YANG SUKA KEPADA KEJAHATAN. ORANG LAMA YANG SEBAYA DENGAN IBU AYAH DAN NENEK MOYANG KITA BERISTIGHFAR PANJANG DAN MENANGIS DI DALAM HATI MELIHAT BETAPA ROSAKNYA ANAK-ANAK MUDA ZAMAN INI. MENDERHAKA SUDAH MENJADI SIULAN DIBIBIR. TIADA APA-APA KESAN MALAH TIDAK BERASA BERSALAH LANGSUNG!!!

PEMBINAAN PUSAT MEMBELI-BELAH BERTUJUAN MENGGALAKAN PERTUMBUHAN EKONOMI. TETAPI DI SEBALIK TUJUAN MURNI ITU, PERTUMBUHAN GEJALA MAKSIAT DAN KERUNTUHAN MORAL JUGA SEMAKIN MENGGALAKAN. BUDAYA MELEPAK DAN PERGAULAN BEBAS SEMAKIN BERLELUASA. PENDEDAHAN AURAT BAGAI TIADA BATASANNYA. REMAJA TIDAK SEGAN SILU MENDEDAHKAN TUBUH MEREKA. MALAH BERBANGGA MEMBIARKAN TUBUH MEREKA DIRATAH PANDANGAN LELAKI BERJIWA IBLIS!!! WAHAI RAKAN SEKALIAN, INGATLAH BAHAWA BETAPA BERHARGANYA NILAI MARUAH DIRI KITA... BAYANGKAN REMAJA YANG SEUSIA DENGAN KITA KEHILANGAN MARUAH DIRI MEREKA KERANA DI ROGOL OLEH MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN!!! SETIAP DETIK REMAJA MALANG ITU MENANGIS, MEMINTA AGAR DIKEMBALIKAN SEMULA KESUCIANNYA!! NAMUN MANA MUNGKIN IANYA AKAN DIKEMBALIKAN. KEHORMATAN DIRI TELAH TERGADAI WALHAH BUKAN DIRI YANG MEMINTA!!!.... ADA REMAJA DILUAR SANA MASIH BERNASIB BAIK YANG MASIH MEMPUNYAI KESUCIAN DIRI.... JANGAN KORBANKAN MARUAH DIRI KITA SEMATA-MATA KERANA PUJUKAN DUNIAWI!!!!


INGATLAH KITA MENGENDONG MARUAH KELUARGA SETIAP KALI KITA MELANGKAH. JIKA SELANGKAH KAKI MENUJU KE TEMPAT YANG BAIK, MAKA DARJAT MARUAH KELUARGA NAIK SATU TANGGA KE SYURGA. JIKA SELANGKAH KAKI MENUJU KE TEMPAT YANG TIDAK BAIK, KITA BAGAI MENCAMPAK  MARUAH KELUARGA KE DALAM KANDANG BANGKAI ANJING YANG HINA ITU.

DUNIA MEMANG INDAH. NAMUN KEINDAHAN DUNIA TIDAK BOLEH MELALAIKAN KITA. NABI MUHAMMAD S.A.W SENTIASA MENGINGATI KITA DALAM SUNNAHNYA BAHAWA DUNIA INI PENJARA BAGI ORANG MUKMIN TAPI SYURGA BAGI ORANG KAFIR...

WAHAI RAKAN-RAKAN, JANGANLAH MUDAH BENAR TERPENGARUH DENGAN BUDAYA SONGSANG YANG DIBAWA MASUK SECARA HALUS KEPADA KITA. DISEBALIK KEGHAIRAHAN KITA MENGIKUTI TREND TERKINI DALAM PEGAULAN DAN PAKAIAN, ORANG KAFIR SEDANG KETAWA DAN BERTEPUK TANGAN TANDA KEMENANGAN. ALLAH S.W.T SUDAH MENYATAKAN HAKIKAT INI DALAM AL-QURAN BAHAWA ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA SEHINGGALAH ORANG ISLAM MENGIKUT AGAMA MEREKA.

OH!!!!!!......JANGAN CEPAT MELATAH! JANGAN MARAH PADA SAYA. KITA ORANG ISLAM, JANGAN HANYA ISLAM PADA NAMA SEBALIKYA KITA HARUS ISLAM PADA IMEJ, PERWATAKAN, AKHLAK DAN SEGENAP PERGERKAN KITA......:)

RENUNGKAN-RENUNGKAN.....FIKIR-FIKRKAN....!:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

kata-kata pembakar semangat

tidak ada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat....


baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah bekalan takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.


kecantikan yang abadi terletak kepada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang...bukan terlelak pada wajah dan pakaiannya.


yang dikatakan kawan bukanlah yang sentiasa memuji kamu tetapi adalah orang yang sentiasa menunjukkan kesalahan kamu..


biar kamu tidak cantik dimata penduduk tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.


sabda rasulullah s.a.w." akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.


kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.


apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih maka ucapkanlah lailahaillah!


masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. kamu tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan masa lalu..


doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya, dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan


setiap perkara ada gantinya, setiap perlakuan ada ganjarannya, setiap kejadian ada hikmahnya..


kemaafan memang sukar diberikan kepada orang yang telah melukai hati kita,  tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah boleh mengubat hati kita yang terluka...


tiada siapa yang pandai dan paling bodoh didunoa ini  kerana setiap yang pandai itu  boleh menjadi bodoh dan dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai..
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

insaf seorang hamba

dingin malam ini menusuk hatiku sebelum tidur
bertemankan bintan dan bulan malam ini
aku bermunajat untukmu...ya Allah..
kabur pandangan mata ditambahkan dengan celik erti syukur
dalam menerjah ilmu kerohanian
yang semakin hari semakin hilang dimindaku
nikmat kesihatan yang menjadi miliku tika ini
tidak akan kekal...mungkin esok nikmat itu bakal hilang
bermunajat seorang diri, berzikir..
mengalir air mata keinsafan..
akan terampunkah segala dosaku?
aku yang sering alpa, sibuk dengan urusan duniawi






ya Allah..aku menadah tangan
dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan
ampunkan aku..ampunkan aku..ampunkan aku..
aku menyedari
aku tidak layak ke syurga yang penuh dengan kenikmatan
tetapi aku takut untuk ke nerakamu yang penuh dengan kesengsaraan
aku bertaubat..aku menyesal atas segala dosa ku...
terimala taubatku...ampunkan aku..

firman allah s.w.t dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud:

       maka sesiapa yang bertaubat sesudah ianya melakukan kejahatan itu dan
       memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya, sungguh ALLAH 
       MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI...!
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

10 penyakit penghalang kejayaan!

1.menyalahkan orang lain
2.menyalahkan diri sendiri
3.tidak punya cita-cita
4.mempunyai cita-cita tapi salah mencapainya
5.mengambil jalan pintas,short cut
6.mengambil jalan terlalu panjang, santai
7.mengabaikan hal-hal yang kecil
8.terlalu cepat menyerah
9.bayang-bayang masa lalu
10.mudah puas hati dengan kejayaan




CUBA KITA RENUNG SEJENAK...ADAKAH 10 PENYAKIT ITU ADA DALAM DIRI KITA. PEJAM MATA RAPAT-RAPAT DAN BERFIKIR ADAKAH PENYAKIT ITU DALAM DIRI KITA. KALAU ADA..SEGERALAH BUANG JAUH-JAUH.....:)


(RUJUKAN DRPD BLOG UBK SMKANI...)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

KE MANA MENGHILANG NUR DI HATI...???`````~~~~......

                                     "TIBA-TIBA JIWA MERINTIH 
                                       MENGAPA HIDUP INI GELITA?
                                                ADAKAH KERANA BALASAN DOSA?


SEMUA ORANG PERNAH MELAKUKAN DOSA KERANA ANTARA SIFAT MANUSIA ADALAH LUPA DAN LALAI. TETAPI ORANG ISLAM TIDAK MELAUKAN DOSA YANG SAMA BERKALI-KALI. ORANG ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA MENGAKU SEBAGAI HAMBA, HANYA MELAKUKAN DOSA SEKALI, SAMA ADA DOSA KECIL ATAU BESAR, KEMUDIAN AKAN RASA BERSALAH DAN BERTAUBAT. BEGITULAH PERIBADI SEORANG MUSLIM YANG MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH...


DOSA KECIL DAPAT DIHAPUS DENGAN BERWUDUK , SEMENTARA DOSA BESAR BOLEH DIHAPUSKAN DENGAN BERTAUBAT. DOSA KECIL YANG DILAKUKAN BERKALI-KALI BOLEH MENJADI DOSA BESAR. SESEORANG YANG MELAKUKAN DOSA KECIL DAN BESAR HARUS MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH S.W.T.


SEMUA DOSA KITA AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH S.W.T. KECUALI DOSA MENSYIRIKKAN ALLAH S.W.T. TIDAK AKAN TERAMPUN SAMA SEKALI. ADAKAH DOSA MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA JUGA KAN DIAMPUNI ALLAH? MENDERHAKAI IBU BAPA MERUPAKAN SALAH SATU DOSA BESAR. WALAU BAGAIMANAPUN PINTU TAUBAT MASI TERBUKA JIKA KITA INSAF AKAN DOSA TERSEBUT. ALLAH S.W.T MAHA PENGAMPUN. TAUBAT MERUPAKAN PINTU HARAPAN. ALLAH S.W.T SENTISA MEMBUKA PINTU HARAPAN-NYA SEBELUM MATAHARI TERBIT DARI BARAT. ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:


                                wahai hamba-hambaku yang melampui batas terhadap diri
                                mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat
                                ALLAH. sesungguhnya ALLAH mengampunkan dosa-dosa semuanya.
                                sesungguhnya DIA lah yang maha pengampun lagi maya penyayang- 
                                                                              -surah az-zumar:53.












KITA ADA SEPASANG MATA. DENGAN MATA KITA MELIHAT DAN MEMANDANG. NAMUN, ADA LAGI MATA LAIN YANG MENUNJUK KITA KE ARAH KEHIDUPAN DAN KEBAIKAN. ITULAH MATA HATI!. MATA HATI MEMANDU MANUSIA MENCINTAI KEBAIKAN. NAMUN JIKA JIWA SUDAH DISELAPUTI DOSA LAMA KELAMAAN MATA HATI AKAN MENJADI BUTA. MATA HATI YANG BUTA MEMBUATKAN CAHAYA HATI TERPADAM. AKIBATNYA SESEORANG ITU TIDAK ENDAH LAGI PADA KEJAHATAN YANG BERLAKU DISEKELILINGNYA.


DOSA BOLEH MENUTUP JALAN ILMU. ILMU YANG DIMAKSUDKAN ILMU AGAMA. AKIBAT HATI YANG SUDAH BUTA, ILMU-ILMU KHURAFAT MENJADI KEGILAAN MASYARAKAT MASA KINI. ILMU SIHIR MENJADI PILIHAN. BANGGA PULA MEREKA MENJADIKAN IBLIS DAN SYAITAN KAWAN MEREKA. 


APABILA DOSA MENUTUP JALAN-JALAN ILMU MAKA RAMAILAH YANG MEMULAUKAN ILMU AGAMA DAN KULIAH-KULIAH DI MASJID. INGATLAH BETAPA BESARNYA KESAN PADA HATI KITA JIKA DOSA SUDAH BERSARANG DI DALAM HATI KITA


INGATLAH KITA MASIH HIDUP. MASIH BERNAFAS. MASIH BOLEH KETAWA.BERGEMBIRA TETAPI TAHUKAH KITA BILA TIBA AJAL KITA. BERSEDIAKAH KITA APABILA TIBA SAAT-SAAT KEMATIAN KITA? KITA MASIH HIDUP , JADI PENUHILAH HIDUP KITA DENGAN MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH. KITA KHALIFA ALLAH DIATAS MUKA BUMI INI JADI MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK MENYEMBAH DAN MENGIKUTI SURUHAN ALLAH S.W.T...BERTAUBAY LAH SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA. PERCAYALAH ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN......










terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

9 tips menghadapi peperiksaan

1.ULANGKAJI PANTAS
    bila seminggu nak peperiksaan sudah tentu masa semakin suntuk. macam yang aku hadapi baru baru nie lah.
    rasanya tak cukup masa nak ulangkaji untuk final exam nie...jadi sangat penting untuk kita membuat ulangkaji
    pantas tetapi memberi kesan. membuat ulangkaji pantas nie boleh dilakukan dengan cara membuat nota
    ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas dan
    membaca skema jawapan. membaca skema jawapan nie sangat penting kerana secara tidak langsung
    menggalakan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

2.MENGAJAR ORANG LAIN.
   bila hampir peperiksaan tu janganlah lupa dan kedekut untuk mengajar rakan kita yang lain tentang apa yang
   kita tahu. hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ianya di ajar kepada orang lain. mengajar
  orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang
  diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. selain itu, mengajar rakan membuatkan
  rakan tersebut menanyakan soalan yang kita tidak pernah fikirkan dan ini akan membuatkan kita mencari
  jawapan kepada persoalan yang timbul.

3.SEMAK JADUAL
   hah! nie antara kewajipan aku time nak dekat peperiksaan. jadual perlu disemak kerana ianya sangat penting.
   sebelum menghadapi peperiksaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan yang sebenarnya kerana ia    memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu.

4. BERSEDIA DENGAN KEPERLUAN PEPERIKSAAN.
   ini pun perkara yang sangat penting. pastikan semua kelengkapan peperiksaan lengkap. ini akan
   memudahkan kita menjawab kertas peperiksaan dengan lebih tenang. bagi calon upsr, pmr, spm dan stpm
   pastikan slip peperiksaan dan kad pengenalan di bawah bersama semasa peperiksaan

5.JAUHI BERCINTA
   cinta! ada kajian merumuskan bahawa sindrom cinta ini akan muncul apabila hampir dengan peperiksaan.
   betul lah tu kot. sebab aku dulu pun pernah bercinta time nak periksa tapi nasib baik cikgu zaimah, guru
   kounselor sekolah aku cut hubungan kitaorang. aku tak kisah pun  tu semua kerana bagi aku yang penting
   adalah pelajaran. kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat peperiksaan semakin hampir.oleh kerana kerisauan yang berpanjangan itu
   membuat dirinya mencari pengubat hati dengan bercinta. hakikatnya perkara itu akan merosakkan masa
   depan mereka. cuba jauhkan diri dengan bercinta kerana yakinlah allah sudah tetapkan jodoh kita
   masing-masing. pada yang bercinta tu mintalah pandangan dan nasihat daripada guru kounselor anda
   kerana mereka tahu apa yang terbaik..:)

6.MOHON MAAF
  perkara yang harus kita ambil perhatian. dalam kehidupan kita ini, sudah pasti kita tidak lepas daripada
  menyakiti hati orang disekeliling kita. sedar atau tidak sedar. tahu atau tidak tahu.  minta maaflah dengan
  orang disekeliling kita. paling penting minta maaf kepada orang tua kita dan guru-guru yang telah banyak
  menabur jasa kepada kita.:)

7. JANGAN TERLALU KETAWA DAN SERONOK
    janganlah terlalu banyak ketawa menjelang peperiksaan kerana ketawa dengan kuat dan berseronok
    melampau boleh menggalakkan pertukuran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat
    dalam otak akan terganggu.

8.JAGA PEMAKANAN
   dekat nak exam cuba jaga pemakanan kita. sudah tentu semasa menjawab kertas exam anda semua
   tidak mahu berulang alik ke tandas kan..? jadi jaga pemakanan dan ambil makanan yang berkhasiat.

8.BERDOA.
   usaha yang kita lakukan tanpa doa tidak akan membawa kita kemana-mana. berdoa adalah senjata kepada orang islam. ingat kita hidup di dunia semuanya ditentukan oleh pencipta. berdoalah kita. jangan
   tinggalkan amalan berdoa itu...!


sedikit tips yang boleh aku kongsikan kepada anda semua. tips nie pun aku ambil dari internet. sama-sama lah kita ikut tips ini untuk melakar sebuah kejayaan.


ok lh..mungkin lepas balik daripada kem nadwah kepimpinan islam akan ada lebih banyak info yang akan aku post kat blog aku....


nantikan post terbaru aku ye.... doakan perjalanan aku ke kem nadwah kepimpinan islam akan berjalan dengan lancar...:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

meniru satu tabiat???

MENIRU!! meniru dalam peperiksaan seakan-akan menjadi budaya dalam kalangan pelajar. tidak hairanlah pelajar yang bijak juga MENIRU dalam peperiksaan. apa sebenarnya yang kita inginkan dalam amalan menipu itu? adakah dosa yang kita inginkan atau kejayaan? tidak terfikirkah berkatkah apa yang kita lakukan ? redhakah allah atas usaha meniru kita? jelas mengambarkan manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang ditegah islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia. kita ada agama. agama islam yang menuntut umatnya jujur dalam kehidupan harian.  


          "barangsiapa yang tidak berlaku jujur(meniru) maka bukanlah(dia itu) dari kalangan kami"...riwayat bukhari...


semata-mata inginkan markah yang cemerlang dalam peperiksaan mereka jadikan amalan meniru sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan. menipu diri sendiri! apakah nilai markah yang tinggi sekiranya dicemari dengan tindakan menipu? kalau kita kata amalan rahsuah itu berdosa dan wang yang diperolehi daraipada amalan rahsuah tidak berkat, bagaimana dengan amalan meniru mendapatkan gred kelulusan yang tinggi. semua ada akal..dapat membezakan yang baik dan buruk.


meniru untuk menpamerkan diri seolah-olah lebih bijak tanpa usaha adalah tindakan menipu. banggakah kita dengan keputusan yang cemerlang tapi dengan cara meniru? ingat! setiap apa yang kita lakukan, letakkan dalam hati untuk mendapat keberkatan dan mencari redha ilahi! 


aku akui, aku juga pernah terlibat dalam peniruaan dalam peperiksaan. semasa sekolah rendah tetapi melangkah ke sekolah menengah aku tinggalakan amalan itu. kerana apa? kerana ingin mendapatkan keberkatan daripada ALLAH. memang sedih kalau keputusan yang aku dapat rendah tapi aku bersyukur kerana usaha itu datang daripada diri aku sendiri. tetapi kadang2 timbul perasaan tidak puas hati dengan rakan yang meniru tetapi dapat markah yang tinggi. tapi aku jadikan itu semuan pembakar semangat untuk aku mendapat markah yang cemerlang hasil titik usaha aku. sebenarnya, sekarang ini aku tengah menduduki peperiksaan akhir tahun. boleh dikatakan semua paper tersangatlah susah. tapi aku tidak meniru. bagi aku apa yang aku dapat itulah yang aku usahakan selama ini. jika markah aku rendah maka ternyata usaha aku selama ini masih belum mencukupi untuk berjaya dan sekiranya markah yang aku dapat tinggi itu semua datangnyan dari usaha aku dan juga daripada kasih dan sayang ALLAH kepadaku. esok paper mm dan fizik..harap2 soalan tidak susah...!:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

PERANAN IBU BAPA DALAM KEHIDUPAN REMAJA....

zaman remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang.corak peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya.setiap remaja harus dilatih untuk mempersiapkan dirinya menjadi khalifah allah.. kerana hidupnya kita dimuka bumi ini sebagai khalifah allah yang sejati.


tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan islam hendaklah disemai dalam diri remaja sejak kecil lagi. persis sekali ungkapan melentur buluh biarlah dari rebungnya. ini semua agar mereka berjaya dan maju sebagai generasi cemrlang dan diberkati.


jika pembentukan remaja tidak sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana remaja merupakan generasi yang bakal menerajui negara suatu masa nanti. tepat sekali ungkapan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.


rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih,maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi"....riwayat bukhari..


jelas kita lihat, bahawa sebenarnya diri kita dahulu putih bersih tanpa secalit pun dosa... namun kini masalah sosial yang melanda negara kita yang melibatkan sebahagian besar remaja semakin membimbingkan. masalah sosial dalam kalangan remaja ibarat cendawan tubuh selepas hujan..boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja seiring dengan pembangunan negara.ini dapat dilihat melalui pembangunan negara yang semakin ke kemuncaknya, akhlak remaja juga semakin rapuh, dan seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.


remaja aset terpenting negara. maju, mundur sesebuah negara bergantung kepada remaja. masalah ini bukan satu masalah yang remeh tetapi satu masalah yang sangat besar yang perlu diatasi dengan segera agar masalah itu tidak meledak. masalah remaja adalah masalah kita bersama. oleh itu jangan kita berpeluk tubuh melihat masalah sosial disekeliling kita tanpa mencari idea untuk membantras masalah itu. 


bagai aur dengan tebing sesuai sekali dijadikan slogan untuk kita bersama-sama membantras masalah. apa yang penting kerjasam dalam menyelesaikan masalah ini. sikap acuh tidak acuh jangan ada pada diri kita.
gandigan yang mantap antara ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat diperlukan bagi menangani masalah remaja...:


.PERANAN IBU BAPA DALAM KEHIDUPAN REMAJA...


FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD: "WAHAI ORANG YANG BERIMAN SELAMATKAN DIRI KAMU DAN ANGGOTA KELUARGA KAMU DARI API NERAKA"....SURAH AH-TAHRIM AYAT:6..


ibu bapa semestinya tahu bahawa anak-anak merupakan anugerah dan amanah kepada mereka. oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membentuk personaliti yang menarik dalam diri anak mereka. membentuk sahsiah anak mereka. didikan agama yang sempurna daripada mereka merupakan perisai yang kebal kepada anak mereka dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu-helah. kesibukan yang melampui merupakan faktor utama menjerumuskan anak mereka ke jalan yang gelap. terdapat beberapa panduan keibubapaan yang digariskan dalam islam..:


*ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya.
    -sudah pasti kita sering mendengar kiasan yang berbunyi 'ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dirinya tidak berjalan betul. oleh itu, bukan sekadar menunjuk kepada anak tentang perilaku yang baik dan mengajar anak tentang cara hidup yang baik akan tetapi sebagai ibu bapa harus diamalkan dalam diri mereka..


*mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan dengan kekerasan.
    -percayalah, apa yang sangat diperlukan oleh remaja yang meningkat dewasa macam saya adalah belaian kasih sayang. memang betul mendidik anak mesti dengan ketegasan tetapi niatkan dalam hati ketegasan mendidik anak semata-mata ingin menjadikan anak itu berdisiplin dalam kehidupan agar mampu memandu kehidupan mereka  ke jalan yang benar.


*ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak.
     -simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak.kemahiran ini perlu dipelajari oleh ibu bapa dari semasa ke semasa.


*kesabaran. itu yang harus ada dalam diri ibu bapa. mendidik anak memang memerlukan kesabaran. kerenah anak anak berbeza antara satu sama lain. oleh itu sabarlah dalam mendidik anak.


.........................................................................................................................................




terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

PIDATO KEMERDEKAAN

PIDATO NEGARA MERDEKA RAKYAT SEJAHTERA....

APA ITU SEBENARNYA MERDEKA? ADAKAH MERDEKA ITU BERERTI KITA BEBAS MELAKUKAN APA SAHAJA TANPA BATAS? BEGITUKAH YANG KITA KATAKAN ERTI MERDEKA SEDANGKAN TERNYATA BUDAYA KITA MASIH DIJAJAH.. KITA BUKANLAH GENERASI BANGSA MERDEKA YANG SEJATI SEKIRANYA KITA TIDAK MENGERTI ERTI KEMERDEKAAN....

     SALAM INRODUKSI PEMAJU MAJLIS,SEKALUNG ASPRIESASI PANEL HAKIM INTELEK BERVISI,PENJAGA MASA YANG SENTIASA SETIA DENGAN JAM RANDIKNYA,SETERUNYA HADIRIN PENCINTA KEMERDEKAAN HAKIKI.

   FRASA KERAMAT NEGARA MERDEKA RAKYAT SEJAHTERA DAPATLAH DIADAPTASIKAN SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI TAMPUK PIMPINAN DIKALANGAN ANAK BANGSA SENDIRI. SEBUAH NEGARA YANG BEBAS DARIPADA PENJAJAHAN SUDAH PASTI MAMPU MELAHIRKAN RAKYATNYA YANG SEJAHTERA. PERSOALANYA, MAMPUKAH KITA MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN INI? TEPUK DADA TANYALAH MINDA TEPUK DAHI FIKIRLAH SENDIRI TEPUK TANGAN ANDA AKAN SAYA BAWA MENYELAMI MAUDHUK BICARA SAYA...

HADIRIN,PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA
     WACANA PERDANA SAYA MEMAHAMI ERTI KEMERDEKAAN MENJAMIN KEMERDEKAAN NEGARA.TANGGAL 31 OGOS 1957 MERUPAKAN SATU TARIKH YANG TIDAK ASING BAGI KITA SELAKU WARGA MERDEKA. TARIKH TERSEBUT TELAH MEMBUKA LEMBARAN BARU KEPADA NEGARA KITA KERANA TELAH BERJAYA MEMERTABATKAN NEGARA MELALUI SATU KEMERDEKAAN YANG CUKUP MANIS DIKECAPI. NAMUN PERNAHKAN KITA BERTANYA PADA DIRI KITA SENDIRI ADAKAH KITA BENAR-BENAR MERDEKA? SEDANGKAN HATI DAN MINDA KITA MASIH DIJAJAH PENJAJAH MASA DAHULU.JIKA KITA RENUNG  PENGERTIAN KEMERDEKAAN MELIPUTI SATU RUANG YANG LUAS. DALAM KATA LAIN MERANGKUMI SUDUT LAHIRIAH,BATINIAH DAN JUGA SUDUT FIZIKALNYA. ALANGKAH SEDIHNYA HATI INI MELIHAT ANAK-ANAK MUDA HARAPAN NEGARA KOSONG JIWANYA, TERDAMPAR DIPUSAT-PUSAT SERENTI DAN PEMULIHAN AKHLAH. TERDAPAT JUGA GOLONGAN ANTINASIONALISME, SANGGUP MENERIMA RAHSUAH,MENJAJA KEBURUKAN NEGARA DAN YANG LEBIH SEDIH LAGI SANGGUP MENJADI DALANG MEMBUKA PINTU NEGARA YANG AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN. CUBA KITA TANYA PADA DIRI KITA, SEBENARNYA ADAKAH KITA MEMAHAMI KEMERDEKAAN ITU?.. TEGASNYA, FAHAMILAH DAN HAYATILAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA ERTI KEMERDEKAAN AGAR KEMERDEKAAN INI TETAP TERPELIHARA..

SAUDARA-SAUDARI SIDANG PENDENGAR YANG PENUH SANTUN,
    INDIKATOR KEDUA SAYA, NEGARA MERDEKA MEMBENTUK MASYARAKAT BERINTEGRITI DAN BERMARUAH. MEMETIK KATA-KATA PERDANA MENTERI 1 MALAYSIA YANG AMAT BERHORMAT DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK, MASYARAKAT BERINTEGRITI MEMBENTUK BANGSA BERMARUAH MENUNTUT KITA MENGANALISIS ATAS SATU SENTESIS TENTANG SUSUR GALUR NEGARA YANG DIBAJAI DAN SEMAI DENGAN ROH INTEGRITI. MUNGKIN KINI SUDAH LAMA UNTUK KITA BANGKITKAN, UNTUK KITA UNGKITKAN BETAPA UNTUK KITA BANGUN MERATAPI MURAM DURJA, MERATAPI KEAGUNGAN BUMI PARAMESWARA GUGUR DIMAMAH PENJAJAH DURJANA AKIBAT INTEGRITI TIDAK MENJADI AMALAN. JESTERU KITA PERTEGUHKAN INTEGRITI UNTUK MENYUSUL PUNJAK. RENTPAN RENTAP MENYUSUL JEJAK MENYELAMATKAN BANGSA YANG DAHULUNYA DIPIJAK KINI KEMBALI AGUNG TERSEMAT DIPUNDAK. NAMUN SAYANGNYA GENDANG KEMENANGAN MASIH BELUM KEDENGARAN LANTAS KITA UBAH PERSEPSI DAN IDENTITI BUKAN SENJATA JADI INTIPATI TAPI KELUHURAN BUDI PEKERTI MAKA DENGAN REMPAHNYA INTEGRITI RENCAHNYA TOLERANSI, KAUM MUDA DAN TUA BERSATU HATI BERDIPLOMASI MENUNTUT KEMERDEKAAN. TERSINGKAP DIBALIK SEJARAH 5 DASAWARSA DAHULU BUKTI JELAS MASYARAKAT BERINTEGRITI MEMBENTUK BANGSA BERMARUAH.

SIDANG SAKSI BERVISI
    INDIKATOR KETIGA SAYA, PERPADUAN MENJANA KEMAJUAN NEGARA
KITA BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA SETELAH HAMPIR 5 DASAWARSA NEGARA KITA DIJAJAH AKHIRNYA KITA DAPAT MENGHIRUP UDARA KEBEBASAN. NAMUN SAYA CUKUP-CUKUP BIMBANG ANDAI KATA, KEMERDEKAAN YANG KITA MILIKI INI MUSNAH HANYA KERANA TIADA PERPADUAN. LANTAS SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN. SEKIRANYA KITA HIDUP TANPA PERSEFAHAMAN ANTARA SATU KAUM MAKA TIDAK MUSTAHIL SEJARAH LAMA AKAN BERULANG KEMBALI. KITA DAPAT LIHAT DISINI BETAPA PERPADUAN MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MEMAJU KESTABILAN NEGARA. PERPADUAN HANYA DAPAT DIPERTAHANKAN SEKIRANYA KITA BERSAMA MEMPERTAHANKANNYA. INGAT JANGAN SAMPAI SEJARAH BERULANG KEMBALI.

HADIRIN WARGA DEWAN SEKALIAN,
   INDIKATOR TERAKHIR SAYA, SAYA INGIN MEMBAWA SAUDARA DAN SAUDARI BERSAMA-SAMA SAYA BERMUHASABAH DIRI DENGAN MENILAI ADAKAH DIRI KITA JUGA MERDEKA ATAU SEKADAR NEGARA YANG MERDEKA. DUNIA PADA HARI INI SEMEMANGNYA DIAKUI HEBAT DARI SEGI PEMBANGUNAN MATERIALNYA. NAMUN ADAKAH KITA LAYAK DIKATAKAN SEBAGAI MANUSIA YANG BERJIWA MERDEKA SEKIRANYA RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA BERMAHARAJALELAA? MENURUT EDWARD GIBBON MENERUSI SEBUAH KARYANYA MENCERITAKAN BAGAIMANA MAHARAJA LUCIUS TELAH MENANAM BIBIT KEHANCURAN EMPAYAR ROM MELALUI MASALAH KORUPSI DAN PENYALAHGUNAAN KUASA. SEMASA PEMERINTAHAN RAJA LUCIUS KEHIDUPAN RAKYAT TIDAK TERBELA YANG KAYA BERTAMBAH KAYANYA DAN YANG MISKIN TERUS MENDERITA. MERDEKA KAH DIRI INI ANDAI SENJATA YANG DICIPTA TELAH MENGHALALKAN KEKEJAMAN,PENINDASAN DAN PEMBUNUHAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERDOSA? MELIHATKAN MALAYSIA PADA HARI INI, ANDAI KATA TOK JANGGUT MASIH HIDUP ADAKAH BELIAU MAMPU TERSENYUM...FIKIRKAN..

HADIRIN SEKALIAN,
    JELASLAH BAHAWA NEGARA MERDEKA BUKAN HANYA PADA NAMA TETAPI HARUS KITA SELAMI MAKSUD KEMERDEKAAN ITU. DUNIA PADA HARI INI SUDAH PENAT UNTUK MENYAKSIKAN MASALAH SOSIAL YANG SEMAKIN MELARAT, SEKS BEBAS SUDAH DIJADIKAN ADAT, HUBUNGAN SEJENIS PULA SUDAH MENDAPAT TEMPAT DAN UNTUK MENJADI HEBAT ILMU TIDAK LAGI DIANGKAT SEBALIKNYA KORUPSI YANG MENJADI SYARAT.KINI SUDAH TIBA MASANYA KITA MELETAKAN SATU MATLAMAT. KITA HIDUP DALAM KEPELBAGAIAN BUDAYA, YANG RINGIN SAMA DIJINJING, YANG BERAT SAMA DIPIKUL, HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA DICECAH, GUNUNG SAMA DIDAKI,LURUH SAMA DITURUNI. AKHIR KATA, SIAPA YANG MELUPAI SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA...
 

TERIMA KASIH....
 
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

YA ALLAH AKU INGIN KASIHMU..



YA ALLAH...aku inginkan kasihmu....
    aku inginkan kasih sucimu...
YA ALLAH dulu aku pernah sesali akan ujian yang menimpa diriku
    aku sering bertanya dan bertanya mengapa engkau menguji aku berkali-kali
                aku sering menitiskan air mata akan ujianMU...
ternyata betapa lemahnya aku....
     betapa rapuhya kekuatan semangatku...
YA ALLAH...ternyata baru ku sedar..
   betapa tidak bersyukurnya aku terhadapMU..
sesungguhnya nikmat yang engkau berikan kepadaku terlalu banyak
                   dibandingkan dengan ujian yang sekecil-kecilnya..

ajakan syaitan bertalu-talu..
nafsu juga membuak-buak..
jiwa ini harus ku isi...
agar hati puas merasa lega
tetapi................
kecundang juga aku dilembah kekotoran...

hati tersentak,kawalan pudar
jiwa bergetar jantung berdegup...
kini ku sedar ternyata aku menzalimi diriku sendiri..

YA ALLAH..aku bersyukur pada-MU di atas segala nikmat yang engkau beri
       aku bersyukur lagi kepada-MU di atas kesyukuran itu
  kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani
ia adalah satu pemberian-MU yang sangat bernilai
      syukur diatas kesyukuran

YA ALLAH..begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku
aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu
ertinya taubatku memerlukan taubat lagi
tidak akan ku berhenti bertaubat kerana dosaku terlalu banyak
        taubat di atas taubat

YA ALLAH..ingatkan aku
bahawa ujianmu hanyalah kecil tetapi nikmatMU kepadaku amatlah besar
agar aku tabah jalani hidup
ingatkan aku juga...
       bahawa syukur itu satu nikmat dan anugerah-MU
agar aku bersyukur diatas kesyukuran itu
ingatkan aku juga..
bahawa taubatku adalah palsu
       agar aku sentiasa bertaubat diatas taubat itu
moga-moga aku tidak menipu diriku...

YA ALLAH..keredhanMU yang kupohon
ku pautkan dengan kemaafan
ku panjatkan dengan keampunan
semurni doa sequdus taubat
terus kepada yang ESA.....

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)