cerpen kerana kau ayahku

     cerpen ini adalah hasil karya aku yg first...entah best..entah tak...sekadar mengisi kebosanan pada masa cuti ni..........


Sudah lama aku beteleku di atas sejadah. Sudah puas aku merintih dan berdoa  memohon petunjuk daripada Allah. Sudah letih rasanya untuk aku menitiskan air mata. Sungguh. Aku betul-betul keliru dalam kekecewaan yang teramat sangat. Jiwaku masih pedih. Hatiku masih terluka. Namun jauh disudut hatiku, aku menyimpan sekelumit rindu di celah-celah rasa benci kepada insan itu. Aku mungkin boleh membohongi orang lain bahawa aku sangat membenci  insan itu namun aku tidak boleh membohongi diri ini. 


    Benar. Cukup benar tiada siapa di dalam dunia ini inginkan duka hadir dalam kehidupannya. Tiada siapa yang sanggup memilih untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan. Begitu juga diriku yang tidak pernah berharap agar kebahagian yang aku kecapi musnah sekelip mata seperti ombak ganas yang memukul pantai dengan kejamnya. Tidak aku sangka, insan tempat aku bergantung harap setelah pohon tempatku berteduh rebah,dahan tempatku bertaut patah setelah bonda tercinta pergi menyahut seruan ilahi sanggup menghancurkan diri ini. Menjadikan kehidupan yang aku lalui gelap. Aku tidak nampak sebarang cahaya yang boleh menerangi kehidupanku lagi. Tiada.
      
     Apa yang dia telah lakukan kepadaku umpama racun yang menyimbah luka dihati yang telah sedia bernanah. Inilah lumrah kehidupan namanya. Takdir telah tertulis sejak azali lagi. Jadi apa pilihan yang aku ada selain menerima semua ini. Menelan semua ini walaupun pahit. Aku harus redha kalau inilah ujian yang terpaksa aku lalui. Dengan rasa payahnya aku bangkit daripada kesedihan untuk mencari sedikit kebahagian kiranya masih ada sisa-sisa bahagia untuk aku nikmati. Aku terus melangkah, walaupun kadang-kadang aku jatuh tersungkur. Sakit. Ya memang sakit tersungkur di lembah kehidupan yang penuh liku dan duri. Aku tetap melangkah walaupun kenangan silam menghantui diri ini sehinggalah aku mampu melakar sebuah kejayaan.

      Ya Allah, apa yang harus aku lakukan saat ini? kembali kepadanya dan melupakan segalanya? Bagaimana pula dengan hatiku yang masih terluka? Egokah aku andai aku masih membencinya? Salahkah aku andai aku terus memulaukannya dan kejamkah aku andai hatiku masih menyimpan dendam kesumat? Apakah dengan memaafkannya segalanya boleh berubah? Mustahil bukan?

       Aku cuba mengimbau kembali pertemuanku siang tadi dengan kawan baikku, sarah yang hampir 10 tahun tidak bersua. Satu-persatu topik perbualanku dengan sarah kembali bertamu.

                                ________________________________________

       Aku mengatur langkah menuju ke kedai buku MPH. Sewaktu sampai di MPH Bookstore, aku terus ke rak-rak komik. Aku mencari komik terbaru untuk menjadi bahan bacaan dirumah. Itulah hobiku membaca komik. Entah mengapa aku lebih gemar membaca komik daripada novel. Bagiku membaca novel itu membosankan. Dah lah tebal. Penuh dengan angan-angan yang belum pasti kesampaian. Akhirnya komik yang aku cari berjuadul Pelayanmu telah aku temui. Aku mengambil komik tersebut dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Setelah selesai membuat pembayaran aku terus keluar dari kedai tersebut.

     Sewaktu keluar dari kedai itu, aku dirempuh oleh seorang wanita. Nasib baik aku tidak jatuh. Namun barang-barang yang aku bawa jatuh bertaburan. Wanita itu pantas duduk dan mengutip barang-barang aku yang jatuh bertaburan.

      "maaf saya tak sengaja..." ujar wanita itu dan memulangkan barang yang dikutip kepadaku.
      " tak apa..salah saya juga sebab terburu-buru tadi.." balasku dengan senyuman manis.

    Wanita yang berbaju kurung biru itu menatap tajam wajahku. Aku hairan dengan pelakuan ganjil wanita itu. Dahi wanita itu berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu. 'Apa kena dengan wanita ini? Ada yang tak kena ke kat muka aku ni? Bedak aku tebal sangat ke? Gincu aku merah sangat ke atau tudung aku sengit.?' Besik hati kecil aku.

       "maaf..ada yang tak kena ke?" soal aku. Aku tidak betah dengan renungan tajam wanita itu.
       
       " Alia...Nur Alia...kau alia kan?" soal wanita itu pula kepada aku. Aku terkedu. 'Siapa wanita ini?'

       "lia kau dah tak kenal aku ke? sarah lah..siti sarah..tak kan tak kenal kot?" wanita itu memegang bahuku. Sarah merenung lama wajahku untuk menanamkan keyakinan kepada aku yang sedang kebinggungan.

       "ya Allah!! sarah...maaf sarah aku betul-betul tak cam kau..." ujarku dengan nada  gembira.

     Sungguh. Aku langsung tidak dapat mengenali sarah kerana setahu aku, 10 tahun lepas sarah seorang yang gemuk tetapi  kini dia sudah menjadi kurus. Jauh berubah daripada dulu. Apalah agaknya rahsiannya.

       "sampai hati kau lia, kawan sendiri dah tak ingat. Sedih aku...." tutur sarah dengan wajah yang dibuat-buat masam.

       " sorry lah sarah..Aku betul-betul tak cam tadi. Okey apa kata aku belanja kau makan kfc, lagipun aku lapar ni.." pujuk ku sambil tersenyum.

        Aku dan sarah mengatur langkah dengan cepat ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken yang menjadi kegemaranku. Nasib hari ini tidak ramai yang beratur membeli makanan. Kalau tidak, jenuh juga kakiku untuk berdiri. Setelah membeli makanan dan membuat pembayaran aku dan sarah mencari tempat yang sesuai untuk kami berdua makan dan bertuka-tukar cerita.

       "hah, kat sana ada meja kosong. Kita makan kat situ je lah.." sarah pantas menarik tanganku menuju ke arah meja itu.
  
      Sebaik sahaja duduk aku dan sarah menikmati kelazatan ayam goreng tanpa bersuara. Aku ingin bersuara tetapi kekok rasanya untuk memulakan perbualan. Akhirnya aku diam dan makan.

       " Lia kau dah banyak berubah sekarang ni" tiba-tiba sarah bersuara memecah kesunyian.

       " Berubah? Apa yang berubahnya? Aku masih Lia yang dulu lah..lagipun kalau aku dah berubah sure kau tak cam aku kan...? Kau tu yang dah berubah sampai aku tak dapat nak cam kau.." ujarku.

       " Aku dapat cam kau sebab parut yang ada kat bawah kening kau tu.. kalau parut tu tak ada sure aku tak kenal kau.."

      Parut. Tanganku pantas memegang parut yang terdapat di sebelah bawah keningku. Parut ini mungkin sampai bila-bila tak akan pernah hilang. Selagi parut itu masih ada selagi itulah peristiwa dimana salah seorang darah dagingku pergi menyahut seruan ilahi tidak akan pernah hilang dalam ingatanku. Seakan baru semalam peristiwa ngeri itu berlaku dihadapan mataku. Kematian insan itu membuatkan mama aku tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik. Murung dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Anak mana yang tidak sedih melihat mama yang disayangi seolah-olah tidak mahu lagi menjalani kehidupan ini. Kerjayanya sebagai seorang peguam syariah tidak bermakna lagi untuk dirinya. Keadaan mama masa itu cukup menyedihkan. Mama telah menjadi orang yang tidak siuman. Keadaan mama berterusan selama 2 tahun dan akhirnya mama juga pergi menyusul kakakku. Itulah hidup namanya. Penuh dengan cubaan dan dugaan.

         "Lia...kau kerja apa sekarang?" tanya sarah membuatkan memori lamaku berterbangan

         "Peguam syariah..."ujar aku.

         "wow...peguam syariah..tak sangka aku kau mampu capai cita-cita kau.."

         "Alhamdulilah...ini semua rezeki daripada Allah..Aku cuba untuk ikut jejak langkah mama aku." Tuturku perlahan.

         "Lia...kenapa kau lari daripada kampung? kenapa kau tinggalakan aku dan kawan-kawan kita yang lain? kenapa kau rahsiakan segala-galanyan daripada aku? kenapa kau tak kongsikan masalah kau kat aku? kenapa?" bertalu-talu pertayaan yang diajukan oleh sarah kepada aku.

          Aku mengeluh perlahan. Mengapa soalan begitu yang kau ajukan sarah?. Aku seolah-olah malas untuk menjawab pertanyaan sarah. Lidahku kelu untuk menutur bicara. Mulutku terkunci untuk menjawab soalan itu.

          "Lia kenapa? kenapa kau tanggung seorang diri? sedangkan aku ada untuk kau ceritakan masalah kau kat aku. Aku sentiasa sedia untuk mendengar segala masalah yang kau hadapi. Aku terkilan sangat lia sebab kau ambil keputusan lari daripada rumah. Kau seolah-olah lari daripada masalah." Tutur sarah dengan beremosi. Aku keliru dengan kata-kata sarah. Mengapa dia beranggapan bahawa aku lari daripada masalah walhal sedetik pun aku tidak pernah berniat untuk lari daripada masalah. Aku bukan pengecut.

          " sarah, aku tak ceritakan masalah aku sebab aku tak nak masalah ini heboh. Aku malu kalau orang lain tahu masalah aku. Macam mana aku nak jalani kehidupan kalau orang lain tahu masalah aku dan pandang rendah pada aku. Apakah kesucian aku boleh dikembalikan semula andai aku menceritakan semua ini kepada kau? Tak boleh kan? Apa yang gadis lain cuba pertahankan aku tidak mampu untuk pertahankan. Aku lemah untuk pertahankan maruah diri aku. Perempuan jenis apa aku kan sarah! lemah! Saat orang lain bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk PMR, aku pula cuma bertungkus lumus mencari sisa kekuatan dalam diri aku agar aku tetap boleh menjalani hidup ini. Setiap malam aku menangisi nasib aku. Tidak tertadah juraian air mata aku menangisi semua ini. Sakit sangat sarah.."ujarku dengan nada perlahan. Hatiku sebak dan pedih saat terpaksa mengenang kembali peristiwa yang cuba aku tanam akhirnya aku korek semula.


           " Sarah, aku bukan lari daripada masalah tapi aku cuba lari daripada ketakutan. Aku takut kalau dia cuba lakukan perkara itu untuk kedua kalinya. Memang segala-galanya telah hancur. Kesucianku telah ternoda tetapi aku tak akan biarkan ianya berulang kembali. Hidup aku sentiasa diselubungi ketakutan, sarah.." Aku menarik nafas dalam-dalam. Ya. Memang benar aku sangat takut andai ianya berulang kembali. Tidurku sering diganggu dengan mimpi-mimpi yang ngeri membuatkan aku takut untuk melelapkan mataku dan aku juga takut dengan kegelapan.

            "kalau kau takut,kenapa kau tak laporkan perbuatan terkutuk ayah kau tu kat polis. Biar ayah kau dapat hukuman yang setimpal.." Tutur sarah. Aku tersenyum mendengar butir bicara sarah. Memang benar apa yang orang katakan; orang lain tidak akan dapat rasa penderitaan kita kerana bukan dia yang lalui.

           "Sarah, memang aku nak laporkan perkara tu kat polis sebab aku takut sangat...Tapi aku masih ingat kata-kata seseorang yang amat aku hormati, dia kata biar orang lain buat jahat pada kita tapi jangan kita balas, biar Allah yang membalasnya. Itu lebih adil, sarah.."Aku memandang ke luar tingkap restoran. Langit kelihatan gelap petanda hujan akan turun membasahi bumi. Hujan yang bakal turun itu pasti ada hikmahnya sama seperti ujian yang aku lalui pasti ada hikmahnya. Aku menoleh semula ke arah sarah.

           "Dan dia pernah beritahu aku, sesungguhnya ada orang yang lebih berat ujian yang terpaksa dia lalui berbanding diriku. Kata-kata itulah yang membuatkan aku kuat untuk terus menjalani hidup ini. Aku tahu sarah kalau aku terus biarkan diriku hanyut mengenang peristiwa silam maka aku akan terus menjadi manusia yang lemah.." Air mata mula bergenang dikelopak mataku tetapi aku tidak akan biarkan air mata itu jatuh membasahi pipiku. Aku bersumpah sejarah lama itu tidak akan pernah berulang kembali.

           "Lia aku minta maaf dengan kata-kata aku tadi" Sarah memandang wajahku. Aku tersenyum walaupun senyuman itu tawar. Biarlah tawar asalkan aku tersenyum. Aku tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan aku. Aku ingin menutup kesedihan ini dengan gelak tawaku walaupun hatiku sedang robek dihiris belati tajam. Aku tidak mahu simpati daripada orang lain dan aku tidak meminta simpati daripada orang lain. Biarlah orang lain melihat hidupku gembira walaupun hakikatnya terselit kekecewaan yang tak terkata. Aku kecewa tetapi tidak bermakna aku menolak takdir ini. Tidak. Tidak sama sekali.

          "Lia ada satu perkara aku nak beritahu kau. Alia ornag yang kau benci selama ini, orang yang telah meninggalkan titik hitam dalam hidup kau, kini terlantar sakit." sarah memandang wajahku untuk melihat reaksi aku.

           "Penting ke apa yang kau sampaikan tu?" Ujarku dengan nada bergetar. Entah mengapa kata-kata itu yang keluar daripada mulut aku sedangkan hatiku berkata lain.

           "Lia, mestilah penting. Dia kan ayah kau. Sejahat mana pun dia, dia tetap ayah kau. Itulah hakikatnya lia..." Mata sarah bulat memandang wajahku. Marah berangkali dengan kata-kataku tadi.

            " Ayah? sarah,kalau dia ayah aku, dia tak akan makan darah daging dia sendiri..kalau dia ayah aku mesti dia tahu betapa bernilainya harga diri aku. Kalau dia ayah aku dia tak kan buat hidup aku menderita.. Ayah ke tu sarah? layakkah aku anggap dia ayah?" Aku tersenyum sinis.

           "Aku tahu lia, kau kecewa dengan dia, tapi lia dia dah berubah. Dia dah menyesal.Dia nak sangat jumpa dengan kau. Dia perlukan kemaafan daripada kau dan dia perlukan kau disisinya. Dia tengah nazak lia. Ingat lia, sebusuk-busuk daging kita cuci, kita makan juga kan inikan pula darah daging kita.." Tutur sarah

           "maafkan dia? Kenapa aku harus maafklan insan sekejam itu? Kau tak rasa bagaimana payahnya aku berenang dilautan kehidupan. Ada satu masa itu, aku hampir lemas tapi aku sempat bertaut pada dahan yang juga hampir rebah. Sarah, bukan mudah untuk aku menerima semua ini.Bukan mudah untuk aku menerima kenyataan bahawa aku telah hancur. Bukan mudah sarah!. Bukan mudah untuk aku rawat kelukaan hati ini. Sampai sekarang hati aku masih luka. Kenapa aku harus maafkan dia?" keras aku menutur bicara.

           "Alia yang aku kenal dulu, hatinya cukup lembut tidak sekeras macam sekarang ini. Mudah memaafkan orang lain..." Jelas tergambar kehampaan diwajah sarah.

          "Kerasnya hati aku kerana apa yang telah aku lalui selama ini..Bayangkan sarah, semenjak usiaku sepuluh tahun aku sudah tidak merasakan kebahagian hidup. Sewaktu umur aku sepuluh tahun, di depan mata aku sendiri kakak aku mati dengan ngerinya. Aku langsung tidak boleh menolong kakak aku kerana aku juga lemah masa itu.Se;agi parut ini masih ada selagi itulah bayangan ngeri kematian kakak aku sentiasa ada dalam ingatanku. Kematian kakak aku menjadikan mama aku seorang yang tidak siuman. Mama aku sentiasa meratap pemergian kakak aku. Dia langsung tidak hiraukan orang disekelilingnya. Anak mana yang tidak sedih melihat itu semua. Hati aku bertambah hancur saat kematian mama aku. Belum hilang kesedihan aku kehilangan kakak aku, mama pula yang meninggalkan aku. Waktu itu aku baru 12 tahun dan terpaksa lagi kehilangan orang yang aku sayangi. Setahun kemudian, ayah aku pula mengambil keputusan untuk menikah dengan perempuan lain. Aku tidak kisah kalau dia ingin khawin kalau itulah jodohnya. Lagipun wanita itu baik dan peyayang.Aku rindu dengan belaian dan pelukan seorang ibu. Aku memang sayang dengan ibu tiri aku tapi tiada siapa yang boleh ganti mama aku dalam diri aku.  Sarah hatiku hancur lagi untuk kesekian kalinya kerana kerakusan ayah aku. Kerana itulah hati aku keras kerana aku tidak mahu lagi hati aku hancur." Itulah sejarah hidup aku. Sejarah hidup yang bukan dipenuhi dengan warna-warni kebahagian tetapi sejarah hidup yang penuh dengan lakaran kedukaan.


                                   __________________________________________________

           Aku meraup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku. Pertemuanku denaga sarah lewat petang tadi begitu menganggu emosiku.

              " Tahukah engakau sarah, apa yang berkocak disudut hati ini? kalaulah kau tahu, rasa luka yang aku tanggung selama ini apabila peristiwa hitam itu kembali bertamu diingatan ini. Tidak terdaya rasannya untuk aku lalui kehidupan ini andai peristiwa itu berlayar di dalam ingatanku." rintihku perlahan.

             "YA ALLAH..sesungguhnya apa yang telah engkau timpakan kepada ku mungkin yang terbaik disisimu dan juga untukku. Aku tidak pernah sesali takdir hidupku ini. Bermula, Engkau mencabut nyawa kakak aku kemudian nyawa mama dan akhirnya kesucian aku ternoda, aku tidak pernah sesali semua itu kerana aku tahu Engkau Maha Esa, Engkau Maha Adil...Ya Allah jangan kau pamerkan garis-garis kesedihan  diwajahku ini kerana aku tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang cuba aku selindungi selama ini. Aku tidak mahu simpati daripada orang lain dan aku juga tidak minta simpati daripada orang lain. Ya Allah kau lembutkan lah hati ini untuk aku memaafkan kesalahan ayah aku kerana sesungguhnya dia ayah ku.." Doaku sambil memejamkan mata. Aku mengetap bibir sambil menahan rasa. Aku telah membuat keputusan untuk menziarahia ayah aku esok..

               ________________________________________________________________



          Dengan dada yang berdebar aku memulas timbol bilik 301 dimana ayah aku dirawat. Namun setelah membuka pintu aku amat terkejut dengan apa yang aku lihat. Mataku merenung tajam sekujur tubuh yang terbaring kaku. Ada beberapa jururawat dan doktor yang nampak sibuk menjalankan tugas. Fikaranku buntu. Pandanganku masih belum dikalihkan dari wajah pucat tidak bermaya itu. Aku seakan ingin pengsan apabila melihat sehelai kain putih yang tadinya hanya menyelimuti bahagian tubuh kurus lelaki itu, akhirnya ditarik jururawat menutupi tubuhnya. Itu bermakna..............

         Aku terduduk lemah. Bersandar dibelakang pintu bilik yang tertutup rapat. Untuk keberapa kalinya lagi hatiku harus hancur berkecai? Apa lagi musibah yang harus aku hadapi? Seorang doktor lelaki menghampiriku.


         "Cik...cik ni siapa dengan si mati?" doktor itu bertanya teragak-agak. Aku masih membatukan diri. Pertanyaan doktor itu tidak aku jawab. Dadaku sebak melihat kenyataan yang tidak pernah aku harapkan. Bukan begini kesudahan yang aku inginkan. Bukan kesedihan jauh untuk mengharapkan kematian. Bukan begini yang aku imaginasikan lantas perlukan aku beremosi lantaran impilikasi yang aku hadapi kini tidak seperti yang aku imaginasikan...?


         Air mata mula berkumpul ditubir mata. Tidak mampu lagi rasanya untuk aku menahan titisan air mata ini daripada tumpah membasahi pipiku. Biarlah air mata ini tumpah. Biarkan. Moga-moga dengan tumpahnya air mata ini mampu menyembuh luka hati yang cukup parah. Aku bingkas bangun dan berlari menuju kekatil ayahku.


          "Ayah...lia dah datang..Ayah bangun lah..sarah kata ayah nak jumpa dengan lia..Ayah bangunlah. lia bersalah pada ayah. Lia terlalu ikutkan perasaan. Lia pergi tinggalkan ayah. Ayah bangunlah lia dah maafkan ayah..Ayah bangun!!!" Aku meraung macam orang gila. Aku menampar-nampar pipi ayahku dengan harapan ayah akan bangun dan memelukku. Tetapi itu semua mustahil. Ayah telah mati dan tidak kembali lagi. 


        Aku terduduk lemah dibirai katil. Air mata laju mengalir membasahi pipi. Aku tidak halang air mata itu. Aku biarkan ianya mengalir. Air mata yang selama ini hanya bergenang dikelopak mataku kini tumpah jua akhirnya. Kecewakah aku? kecewakah aku dengan kenyataan yang berada dihadapanku kini? sudah letihkah aku untuk terus berjuang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesedihan? Benarlah kata orang ; hidup ini bukanlah satu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah.


                      _______________________________________________________




         Kini sudah seminggu ayahku pergi menghadap ilahi dan selama seminggu juga aku menjadi pengunjung setia tanah perkuburan. Aku sentiasa menziarahi kubur ayah, mama dan kakak aku. Kaku mataku memandang batu nisan ayah aku. Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Untuk sekian kalinya aku menangis lagi.


          "Ayah, betul ayah bukan ini yang lia pinta. Bukan kesudahan macam ini yang lia harapkan. Percayalah ayah, lia tak pernah doakan kematian ayah..lia tak pinta semua ini ayah dan lia juga tak pernah pinta ayah hancurkan hidup lia...Kenapa semua ini harus berlaku pada lia,ayah? Kenapa hidup lia sentiasa dihujani kesedihan? Lia tak nak apa-apa dalam hidup ini ayah, yang lia inginkan kebahagian..kebahagian hidup dalam keluarga. Itu yang lia harapkan selama ini...Mungkin ini semua salah lia. Lia tinggalkan ayah. Lia masih ingat, ayah pernah merayu pada lia supaya maafkan lia tapi lia tak endahkan..Kejamkan lia, ayah?" Aku mengesat kasar air mataku dengan lengan baju kurungku.


         "tapi, ayah lia juga pernah merayu pada ayah supaya ayah tak rosakkan diri lia. Lia menangis tetapi ayah tak hiraukan lia. Dengan rakus ayah rosakkan lia. Puas lia meronta-ronta tapi ayah tampar lia. Apalah kuasa lia untuk melawan tenaga lelaki ayah. Sampai sekarang masih terasa tamparan itu ayah..Ayah, siapa yang kejam? tapi tak apa lah..lia dah maafkan ayah..ikhlas ayah..kerana kau ayah ku......"




             "JANGAN  BEREMOSI LANTARAN APA YANG ADA DIHADAPAN KITA TIDAK SEPERTI YANG KITA IMAGINASIKAN. TERUSLAH MELANGKAH WALAUPUN KENANGAN SILAM MEN GHANTUI DIRI KITA. JANGAN PERNAH MENGALAH DENGAN KEHIDUPAN  ANDAI KATA KEHIDUPAN KITA PENUH DENGAN CUBAAN DAN UJIAN. CEKALKAN HATI KITA DAN PANDANG TERUS KEHADAPAN. JANGAN TOLEH KEBELAKANG ANDAI KATA DIBELAKANG KITA PENUH DENGAN KESEDIHAN. INGATLAH KEHIDUPAN INI TIDAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAN SEPANJANG MASA . KADANGKALA MANUSIA DIASAK DENGAN PELBAGAI CUBAAN DAN DUGAAN. BUKAN UNTUK MENJADIKAN DIRI KITA LEMAH TETAPI SUPAYA KITA LEBIH MENGHARGAI KEHIDUPAN INI. PERCAYALAH SAMPAI MASANYA NANTI KITA PASTI MERASAKAN NIKMATNYA KEHIDUPAN DAN MANISNYA KEHIDUPAN..SABARLAH SESUNGGUHNYA SABAR ITU TIADA BATASNYA.....:)

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

5 comments:

  1. nice lh jln cerite cerpen nie..ade bakat jdi penulis novel nie... update lh lgi cerpen ye.. teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  2. hye!!! best lh jln cerite nie... buat lh lgi cerpen ye...

    ReplyDelete
  3. tq...atas komen anda berdua.... jdi penulis? xde lah..mybe not kot sbb xminat... heee2...
    insya-allah... klu ade mase sy akan buat lgi cerpen...so nantikan ye...!..:)

    ReplyDelete
  4. very2 nice.... btl. best sgt. bahasa cerpen nie terlalu mendalam... memang pernah buat cerpen sblm nie ke?... btw...umur brape ek sbb jln olahan jln cerita nie mcm otak org dewasa..?

    ReplyDelete
  5. tq sgt2... mendalam ke? heee... sbnrnye nie first sy buat cerpen. sblm nie x prnh pn.... mgkin byk lgi yg perlu diperbaiki kan...?.. sy muda lgi..he3.. 16 tahun....:)

    ReplyDelete