setiap pertemuan pasti ada perpisahan.......

assalamualaikum semua......
       "jangan salahkan perpisahan tetapi salahkan pertemuan"


aku pasti korang mesti pernah dengar ungkapan di atas itu kan....
ehm...aku bukan nk berpisah dgn pakwe eh...(aku mane ade pakwe pun)
kalau korang nk thu aku & seluruh warga smk bukit mentok akan berpisah dengan seorang guru yang sangat aku sayangi..guru yang penuh dengan dedikasi..guru yang penuh dengan kesabaran dalam mendidik pelajar sebentok..guru itu adalah puan hajah mazidah che embong...


beliau akan berpindah ke sekolah baru pada hari esk...rasanya sekolah baru beliau berhampiran dengan felda dan beliau terpaksa memandu dari chukai ke sekolah itu selama 45 minit...wah!! jauh kan...beliau berpindah sekolah kerana ditawarkan menjadai pengetua....sebelum ini jawatan beliau adalah sebagai guru penolong kanan pentadbiran...


sedih..? ye..siapa yang tidak sedih berpisah dengan orang yang disayangi kan...kalau korang nk thu..ckg mazidah pernah mengajar aku semasa ting.3...betul!! cara beliau mengajar sangat unik...walaupun perlahan tetapi apa yang dia ajar aku faham... beliau mengajar subjek matametik... aku suka cara dia mengajar yang penuh dengan kesabaran. beliau tidak kisah dan tidak letih serta lelah untuk mengulangi apa yang dia ajar..selagi kami tak faham dia akan ajar kami sampai kami faham..setiap soalan yang kami ajukan kepada dia akan dia jawab dengan baik...


ckg mazidah ni bukan jenis yang panas baran..dia sangat baik dengan pelajar...tapi apa pun...setiap pertemuan pasti ada perpisahan...aku harap dia akan terus menabur bakti mendidik anak-anak bangsa sehingga akhir hayatnya.....


ok lah..assalamualaikum....
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment