cuti sekolah sudah kembali

cuti sekolah sudah kembali.....apa perasaan kawan-kawan sekarang? seronok ke? bagi aku cuti tidak ada apa-apa makna dalam hidup aku...aku lebih suka berada di sekolah daripada berada di rumah...kenapa? biarlah rahsia..he3..
kadang-kadang aku cemburu dengan kawan-kawan cahaya yang lain, sebab setiap kali cuti sekolah pasti keluarga mereka akan meloncong..tapi aku..hanya duduk dalam bilik dan menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin lap top......ehm...tak pa lah...

cuti,cuti juga tapi jangan lupa study tau.....terutamanya kepada adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang yang akan mengambil upsr,pmr,spm dan stpm.....korbankanlah masa cuti untuk mentelaah buku... jangan sekolah cuti buku pun cuti.... biarlah kita bersusah dulu nanti akhirnya kita akan tersenyum dengan kejayaan kita...

ehm...aku rasa,aku nak kongsi pada adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang amalan untuk teroka jalan kepada kejayaan...

1.mengenali dan menghormati mereka yang berjaya.
2.berusaha lebih bijak,bukan lebih kuat.
3.jangan takut menghadapi masalah
4.mantapkan kepribadian dan kejujuran diri
5.gunakan segala-galanya yang anda ada dan dapatkan sesuatu yang anda tidak miliki
6.bermuafakatlah dengan rakan, bertandinglah dengan diri sendiri.
7.jangan tunggu lagi
8.semaikan tabiat mahu melakukan apa sahaja pekerjaan lebih beberapa tapak dari sesuatu yang ditugaskan.
9.mempunyai kepercayaan
10.mempunyai matlamat hidup yang tepat dan jelas
11.memiliki peribadi yang menyenangkan
12.belajar daripada kegagalan
13.memiliki pemikiran yang tajam
14.menjaga kesihatan
15.mendisiplinkan diri..











terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment