renungan untuk semua....

aku sering tertanya-tanya kenapa setiap masa sering berlaku pergaduhan dalam rumah tangga.... ibu-bapa sering bergaduh dan menyebabkan emosi anak-anak terganggu..Apabila emosi anak-anak sudah tidak stabil dek pergaduhan ibu-bapa mereka yang sentiasa terhidang di depan mata mereka, anak-anak akan mencari jalan untuk menenagkan diri mereka.. mungkin mereka berkumpul dengan rakan-rakan, berkunjung ke pantai dan mungkin mereka akan membawa diri mereka jauh dari landasan hidup yang sebenarnya..Maksud aku mungkin mereka akan cuba bermanja dengan lelaki atau perempuan,bermesra dengan dadah dan bersenda dengan zina!!!!!!!!....so apa yang akan terjadi dengan hidup mereka?? apa yang akan terjadi dengan masa depan mereka? jika telah musnah segala-galanya,maka gagal lah seorang ibu dan bapa mendidik anak-anaknya...

aku tidak menyalahkan sesiapa dalam kes ini..bukan salah ibu-bapa yang sering menghidangkan anak mereka dengan hidangan pergaduhan dan bukan juga salah anak-anak yang tidak bisa membawa diri mereka ke jalan yang benar....sekarang ini bukan masa untuk kita mencari siapa yang patut dipersalahkan tetapi kita patut cari jalan penyelelesain terhadap masalah ini. aku yakin tiada ibu-bapa yang ingin melihat anak mereka hancur dan tiada seorang anak yang suka melihat ayah dan ibu bertengkar...

Bagi aku,cuba kita cari kelemahan diri kita dan perbaikinya..ibu dan bapa cari dimana kelemahan mereka dan anak-anak cari dimana kelemahan yang ada pada diri mereka..muhasabah diri kita..cari diri kita yang telah hilang..kembali kepada tuhan memohon pertolongan.Sebagai seorang hamba kita amat memerlukan pertolongan daripada Allah kerana kita manusia yang selemah-lemahnya.

kepada ibu-bapa cuba lah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa pergaduhan. aku  tahu kehidupan ini terutamanya kehidupan berumah tangga pasti dilanda masalah..kerana apa? kerana inilah hidup..
Jangan mudah melatah dengan masalah...hadapi dengan tenang..ketahuilah wahai para ibu-bapa, anak-anak  inginkan kebahagian dalam hidup keluarga mereka,perhatian dan kasih sayang yang cukup tanpa membahagi-bahagikan....

kepada remaja cubalah menghadapi masalah dengan tenang bukan dengan kekalutan. mencari ketenangan hidup bukanlah dengan cara menghancurkan hidup kita tetapi dengan mendekatkan diri kita kepada ALLAH..Muhasabah diri..cari diri kita..cari kekuatan kita jangan kita permainkan hidup yang bernilai ini. maruah kita cukup mahal..jangan kita murahkan maruah kita...

kepada remaja yang telah banyak melakukan dosa dan noda,jangan berputus asa memohon keampunan daripada Allah...Sesungguhnya Allah itu maha pengampun...jangan kita menjadi manusia yang lemah kerana kesilapan kita yang lalu..terus melangkah walaupun kenangan silam terus menghantui perjalanan kita..jangan kita mengalah dengan masa silam...melangkah dan terus melangkah demi melakar sebuah kejayaan.....
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment