berikan kekuatan untuk ku jadi wanita solehah






wanita solehah itu aurat dijaga
pergaulan di batasi
sifat malu pengikat diri
seindah hiasan di dunia ini
keayuan wanita solehah itu tidak terletak kepada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah tidak terletak kepada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu
bukan kepada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin
dan bukan pula terletak kepada kebijaksanaanya bermain lidah, memujuk rayu
bukan dan tidak sama sekali
kepetahan wanita solehah bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras wajah yang indah
bak permata yang menyinari alam
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta
pandai dalam segenap aspek
hati pula mengatakan wanita cantik pada akhlaknya
itupun kalau hati pandai menilai
wahai wanita janganlah bangga dengan kecantikan wajahmu
kerana satu hari nanti ianya akan luput ditelan zaman
tetapi jagalah dan peliharalah kecantikan dalamanya
agar diri ini bersih dan mendapat redha ilahi
wahai wanita jangan bangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
kerana ada lagi manusia yang berpengetahuan lebih dari mu
wahai wanita jangan pula engkau berduka cita atas kekurangan dirimu
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu
wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikannya
bersyukurlah di atas apa yang ada


salam perjuangan untuk sahabatku, wanita solehah..
wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah...


ya allah kau jadikanlah diriku dan juga kawan2 ku serta mereka yang sudi meluangkan masa membaca post ini sebagai wanita yang solehah..amin..ya allah..:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment