membina disiplin dalam diri

DISIPLIN MERUPAKAN ELEMAN YANG PENTING DALAM KEHIDUPAN REMAJA DAN PELAJAR.IA TONGGAK UTAMA DALAM KEJAYAAN MEREKA DALAM MELAKUKAN APA SAHAJA. TANPA DISIPLIN KITA TIDAK MUNGKIN DAPAT MENCAPAI CITA-CITA KITA SAMA ADA BERKAITAN BIDANG AKADEMIK ATAU KERJAYA... PEPATAH INGGERIS ADA MENYATAKAN YOU CAN BRING THE HORSE TO THE WATER BUT YOU CANNOT FORCE IT TO DRINK. APA YANG DIMAKSUDKAN DISINI IALAH SYARAT KEJAYAAN SEORANG PELAJAR ITU TERLETAK KEPADA DISIPLIN, KESUNGGUHAN DAN KEMAHUAN DIRI UNTUK BERJAYA. SEKIRANYA INGIN MASA DEPAN YANG CEMERLANG MAKA DISIPINKAN DIRI KITA....


EHMMMM....YE..AKU BUKANLAH ORANG YANG LAYAK UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH INI. AKU BUKAN SEORANG KOUNSELOR SPT CGU ZAIMAH DAN CGU ANUAR, AKU JUGA BUKAN UZTAZAH SPT UZTAZAH MAZLINA & UZTAZAH KHADIJAH TETAPI TIDAK SALAH KIRANYA UNTUK AKU BERKONGSI ILMU YANG AKU KETAHUI UNTUK PANDUAN KITA SEMUA....:) DIBAWAH INI ADA BEBERAPA CARA UNTUK MENANAM DISIPLIN DALAM DIRI KITA...:)


1.TENTUKAN MATLAMAT KERJA DENGAN JELAS DAN KOMITED DENGANNYA....
    *sebelum memulakan kerja, tentukan matlamat dan hasil yang ingin dicapai dan tanamkan                               komitmen untuk menghasilkan kejayaan 


2.MENYEDIAKAN JADUAL HARIAN YANG PRAKTIKAL DAN MUDAH DIIKUTI
    *sediakan jadual harian yang lengkap merangkumi semua aktiviti atau program peribadi, kemasyarakatan, sekolah dan ibadat yang mampu dilakukan. tentuka apa dan bila sesuatu itu harus disiapkan dan pastikan ia dapat dilakukan berdasarkan tempoh yang ditetapkan.cuba sedaya upaya untuk mengikuti jadual harian tanpa memberi pelbagai alasan yang akhirnya memakan diri kita sendiri. ingatlah kejayaan hanya diperoleh apabila kita berusaha untuk mendapatkannya....


3.BERTEKAD DAN SABAR
    *antara pelajar yang berjaya adalah mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk mendisiplinkan diri kita mengikut segala perancangan dan aktiviti yang ditetapkan untuk mencapai kejayaan.pastikan apabila kita membuat kerja, lakukannya dengan istiqamah sehingga selesai dan tidak hanya separuh jalan. bedalan melayu ada menyebut "berjalan sampai ke batas, berlayar sampai ke pulau"


4.PENGURUSAN MASA
     *kita harus bijak mengurus masa kita dengan berkesan. kita tidak seharusnya melebihkan masa kita untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah melebihi proses pembelajaran kita. ingatlah janji allah yang bermaksud:
                   "demi sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh ,pesan memesan dalam kebenaran dan pesan memesan dalam kesabaran..."


5.ISTIQAMAH DALAM JADUAL HARIAN
    *pastikan kita sentiasa mengikuti jadual harian kita walaupun banyak cabaran dan halangan untuk kita mengisi jadual kita. ini bagi memastikan masalah dan cabaran tidak menjadi penghalang untuk kita berjaya...:)


    mmmmm...setakat ini dahulu tips untuk membina disiplin dalam diri kita. sebenarnya banyak lagi tips ni tp memandang perut aku telah menyanyi lagu yg cukup menyentuh hati aku so terpaksa aku sambung pada masa yang lain...tunggu tau..ada 10 tips lagi..insyaallah...:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment