cinta oh cinta

cinta? apa sebenarnya cinta? aku tertanya-tanya kenapa orang ramai sering mengejar cinta? apakah cinta itu boleh membawa sinar kebahagian dalam hidup? mungkin boleh bahagia jika cinta tidak diselit dengan nafsu halobah.


kadang-kadang aku sedih melihat remaja zaman sekarang. remaja zaman sekarang sudah jauh daripada landasan hidup islam yang sebenarnya. mereka sudah tidak malu dengan masyarakat sekeliling yang melihat setiap gerak-geri mereka. berjalan sana-sini berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan. paling menyakiti mata,mereka dengan senang hatinya bercumbu di khalayak ramai...YA ALLAH!! apa sudah jadi dengan remaja sekarang ini..zina sudah sebati dalam kehidupan mereka. Tidak tahukah mereka ZINA itu adalah dosa besar yang akan membawa mereka ke jurang nereka...


aku sedih,kerana cinta ada remaja yang sanggup membunag keluarga. katanya dia akan hidup bahagia dengan lelaki@wanita yang dia sayangi daripada hidup bersama keluarga. Bila semua ini akan berakhir? apakah ianya tidak akan berakhir? bila lagi keinsafan akan datang ke dalam diri mereka? apakah setelah diri mereka hancur,apakah setelah perut membuncit baru mereka akan berasa malu dan ingin bertaubat mencari keampunan ALLAH? Iya memang betul ALLAH itu maha pegampun lagi maha penyayang..ALLAH akan mengampunkan dosa setiap hamba-NYA.


Renungkan wahai rakan-rakan sekalian, sanggupkah kita memusnahkan hidup kita hanya kerana cinta murah!! di mana letaknya harga diri kita? sanggupkah kita melihat titisan air mata kedua orang tua kita kerana hancurnya hidup kita? bertaubatlah wahai rakan-rakanku...sesungguhnya masih ada ruang taubat untuk kita semua.. bersihkan diri kita dari segala dosa dan noda.. ingatlah cinta kepada manusia kadang kala akan menghancurkan hidup kita dan membawa kita ke alam kehidupan yang gelap dan suram tetapi cinta kepada ALLAH membawa sinar kebahagian dalam hidup kita........
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

2 comments:

  1. betul tu.... kadang2 kita nie..cepat alpa dan lalai dgn nikmat dunia... nikmat cinta yang tidak hakiki...btw...sy sgt suke dgn blog nie...:)

    ReplyDelete
  2. sbb tu...kita kene sentiasa dekatkan diri kita kpd allah.. sentiasa mohon petunjuk drpd allah untuk menjalani kehidupan ini.. jgn sebabkan cinta kita kecundang ke lembah maksiat. jgn sebab cinta maruah kita tergadai. jgn sebab cinta, legasi keluarga bermaruah yg ayah ibu kita bina musnah... jgn sebab cinta kita lupa agama kita iaitu agama ISLAM...!~

    ReplyDelete