aku inginkan kasih sucimu...
YA ALLAH dulu aku pernah sesali akan ujian yang menimpa diriku
aku sering bertanya dan bertanya mengapa engkau menguji aku berkali-kali
aku sering menitiskan air mata akan ujianMU...
ternyata betapa lemahnya aku....
betapa rapuhya kekuatan semangatku...
YA ALLAH...ternyata baru ku sedar..
betapa tidak bersyukurnya aku terhadapMU..
sesungguhnya nikmat yang engkau berikan kepadaku terlalu banyak
dibandingkan dengan ujian yang sekecil-kecilnya..
ajakan syaitan bertalu-talu..
nafsu juga membuak-buak..
jiwa ini harus ku isi...
agar hati puas merasa lega
tetapi................
kecundang juga aku dilembah kekotoran...
hati tersentak,kawalan pudar
jiwa bergetar jantung berdegup...
kini ku sedar ternyata aku menzalimi diriku sendiri..
YA ALLAH..aku bersyukur pada-MU di atas segala nikmat yang engkau beri
aku bersyukur lagi kepada-MU di atas kesyukuran itu
kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani
ia adalah satu pemberian-MU yang sangat bernilai
syukur diatas kesyukuran
YA ALLAH..begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku
aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu
ertinya taubatku memerlukan taubat lagi
tidak akan ku berhenti bertaubat kerana dosaku terlalu banyak
taubat di atas taubat
YA ALLAH..ingatkan aku
bahawa ujianmu hanyalah kecil tetapi nikmatMU kepadaku amatlah besar
agar aku tabah jalani hidup
ingatkan aku juga...
bahawa syukur itu satu nikmat dan anugerah-MU
agar aku bersyukur diatas kesyukuran itu
ingatkan aku juga..
bahawa taubatku adalah palsu
agar aku sentiasa bertaubat diatas taubat itu
moga-moga aku tidak menipu diriku...
YA ALLAH..keredhanMU yang kupohon
ku pautkan dengan kemaafan
ku panjatkan dengan keampunan
semurni doa sequdus taubat
terus kepada yang ESA.....
No comments:
Post a Comment