meniru satu tabiat???

MENIRU!! meniru dalam peperiksaan seakan-akan menjadi budaya dalam kalangan pelajar. tidak hairanlah pelajar yang bijak juga MENIRU dalam peperiksaan. apa sebenarnya yang kita inginkan dalam amalan menipu itu? adakah dosa yang kita inginkan atau kejayaan? tidak terfikirkah berkatkah apa yang kita lakukan ? redhakah allah atas usaha meniru kita? jelas mengambarkan manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang ditegah islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia. kita ada agama. agama islam yang menuntut umatnya jujur dalam kehidupan harian.  


          "barangsiapa yang tidak berlaku jujur(meniru) maka bukanlah(dia itu) dari kalangan kami"...riwayat bukhari...


semata-mata inginkan markah yang cemerlang dalam peperiksaan mereka jadikan amalan meniru sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan. menipu diri sendiri! apakah nilai markah yang tinggi sekiranya dicemari dengan tindakan menipu? kalau kita kata amalan rahsuah itu berdosa dan wang yang diperolehi daraipada amalan rahsuah tidak berkat, bagaimana dengan amalan meniru mendapatkan gred kelulusan yang tinggi. semua ada akal..dapat membezakan yang baik dan buruk.


meniru untuk menpamerkan diri seolah-olah lebih bijak tanpa usaha adalah tindakan menipu. banggakah kita dengan keputusan yang cemerlang tapi dengan cara meniru? ingat! setiap apa yang kita lakukan, letakkan dalam hati untuk mendapat keberkatan dan mencari redha ilahi! 


aku akui, aku juga pernah terlibat dalam peniruaan dalam peperiksaan. semasa sekolah rendah tetapi melangkah ke sekolah menengah aku tinggalakan amalan itu. kerana apa? kerana ingin mendapatkan keberkatan daripada ALLAH. memang sedih kalau keputusan yang aku dapat rendah tapi aku bersyukur kerana usaha itu datang daripada diri aku sendiri. tetapi kadang2 timbul perasaan tidak puas hati dengan rakan yang meniru tetapi dapat markah yang tinggi. tapi aku jadikan itu semuan pembakar semangat untuk aku mendapat markah yang cemerlang hasil titik usaha aku. sebenarnya, sekarang ini aku tengah menduduki peperiksaan akhir tahun. boleh dikatakan semua paper tersangatlah susah. tapi aku tidak meniru. bagi aku apa yang aku dapat itulah yang aku usahakan selama ini. jika markah aku rendah maka ternyata usaha aku selama ini masih belum mencukupi untuk berjaya dan sekiranya markah yang aku dapat tinggi itu semua datangnyan dari usaha aku dan juga daripada kasih dan sayang ALLAH kepadaku. esok paper mm dan fizik..harap2 soalan tidak susah...!:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment