insaf seorang hamba

dingin malam ini menusuk hatiku sebelum tidur
bertemankan bintan dan bulan malam ini
aku bermunajat untukmu...ya Allah..
kabur pandangan mata ditambahkan dengan celik erti syukur
dalam menerjah ilmu kerohanian
yang semakin hari semakin hilang dimindaku
nikmat kesihatan yang menjadi miliku tika ini
tidak akan kekal...mungkin esok nikmat itu bakal hilang
bermunajat seorang diri, berzikir..
mengalir air mata keinsafan..
akan terampunkah segala dosaku?
aku yang sering alpa, sibuk dengan urusan duniawi






ya Allah..aku menadah tangan
dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan
ampunkan aku..ampunkan aku..ampunkan aku..
aku menyedari
aku tidak layak ke syurga yang penuh dengan kenikmatan
tetapi aku takut untuk ke nerakamu yang penuh dengan kesengsaraan
aku bertaubat..aku menyesal atas segala dosa ku...
terimala taubatku...ampunkan aku..

firman allah s.w.t dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud:

       maka sesiapa yang bertaubat sesudah ianya melakukan kejahatan itu dan
       memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya, sungguh ALLAH 
       MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI...!
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment