9 tips menghadapi peperiksaan

1.ULANGKAJI PANTAS
    bila seminggu nak peperiksaan sudah tentu masa semakin suntuk. macam yang aku hadapi baru baru nie lah.
    rasanya tak cukup masa nak ulangkaji untuk final exam nie...jadi sangat penting untuk kita membuat ulangkaji
    pantas tetapi memberi kesan. membuat ulangkaji pantas nie boleh dilakukan dengan cara membuat nota
    ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas dan
    membaca skema jawapan. membaca skema jawapan nie sangat penting kerana secara tidak langsung
    menggalakan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

2.MENGAJAR ORANG LAIN.
   bila hampir peperiksaan tu janganlah lupa dan kedekut untuk mengajar rakan kita yang lain tentang apa yang
   kita tahu. hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ianya di ajar kepada orang lain. mengajar
  orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang
  diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. selain itu, mengajar rakan membuatkan
  rakan tersebut menanyakan soalan yang kita tidak pernah fikirkan dan ini akan membuatkan kita mencari
  jawapan kepada persoalan yang timbul.

3.SEMAK JADUAL
   hah! nie antara kewajipan aku time nak dekat peperiksaan. jadual perlu disemak kerana ianya sangat penting.
   sebelum menghadapi peperiksaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan yang sebenarnya kerana ia    memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu.

4. BERSEDIA DENGAN KEPERLUAN PEPERIKSAAN.
   ini pun perkara yang sangat penting. pastikan semua kelengkapan peperiksaan lengkap. ini akan
   memudahkan kita menjawab kertas peperiksaan dengan lebih tenang. bagi calon upsr, pmr, spm dan stpm
   pastikan slip peperiksaan dan kad pengenalan di bawah bersama semasa peperiksaan

5.JAUHI BERCINTA
   cinta! ada kajian merumuskan bahawa sindrom cinta ini akan muncul apabila hampir dengan peperiksaan.
   betul lah tu kot. sebab aku dulu pun pernah bercinta time nak periksa tapi nasib baik cikgu zaimah, guru
   kounselor sekolah aku cut hubungan kitaorang. aku tak kisah pun  tu semua kerana bagi aku yang penting
   adalah pelajaran. kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat peperiksaan semakin hampir.oleh kerana kerisauan yang berpanjangan itu
   membuat dirinya mencari pengubat hati dengan bercinta. hakikatnya perkara itu akan merosakkan masa
   depan mereka. cuba jauhkan diri dengan bercinta kerana yakinlah allah sudah tetapkan jodoh kita
   masing-masing. pada yang bercinta tu mintalah pandangan dan nasihat daripada guru kounselor anda
   kerana mereka tahu apa yang terbaik..:)

6.MOHON MAAF
  perkara yang harus kita ambil perhatian. dalam kehidupan kita ini, sudah pasti kita tidak lepas daripada
  menyakiti hati orang disekeliling kita. sedar atau tidak sedar. tahu atau tidak tahu.  minta maaflah dengan
  orang disekeliling kita. paling penting minta maaf kepada orang tua kita dan guru-guru yang telah banyak
  menabur jasa kepada kita.:)

7. JANGAN TERLALU KETAWA DAN SERONOK
    janganlah terlalu banyak ketawa menjelang peperiksaan kerana ketawa dengan kuat dan berseronok
    melampau boleh menggalakkan pertukuran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat
    dalam otak akan terganggu.

8.JAGA PEMAKANAN
   dekat nak exam cuba jaga pemakanan kita. sudah tentu semasa menjawab kertas exam anda semua
   tidak mahu berulang alik ke tandas kan..? jadi jaga pemakanan dan ambil makanan yang berkhasiat.

8.BERDOA.
   usaha yang kita lakukan tanpa doa tidak akan membawa kita kemana-mana. berdoa adalah senjata kepada orang islam. ingat kita hidup di dunia semuanya ditentukan oleh pencipta. berdoalah kita. jangan
   tinggalkan amalan berdoa itu...!


sedikit tips yang boleh aku kongsikan kepada anda semua. tips nie pun aku ambil dari internet. sama-sama lah kita ikut tips ini untuk melakar sebuah kejayaan.


ok lh..mungkin lepas balik daripada kem nadwah kepimpinan islam akan ada lebih banyak info yang akan aku post kat blog aku....


nantikan post terbaru aku ye.... doakan perjalanan aku ke kem nadwah kepimpinan islam akan berjalan dengan lancar...:)
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment