kata-kata pembakar semangat

tidak ada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat....


baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah bekalan takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.


kecantikan yang abadi terletak kepada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang...bukan terlelak pada wajah dan pakaiannya.


yang dikatakan kawan bukanlah yang sentiasa memuji kamu tetapi adalah orang yang sentiasa menunjukkan kesalahan kamu..


biar kamu tidak cantik dimata penduduk tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.


sabda rasulullah s.a.w." akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.


kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.


apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih maka ucapkanlah lailahaillah!


masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan. kamu tidak akan dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan masa lalu..


doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya, dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan


setiap perkara ada gantinya, setiap perlakuan ada ganjarannya, setiap kejadian ada hikmahnya..


kemaafan memang sukar diberikan kepada orang yang telah melukai hati kita,  tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah boleh mengubat hati kita yang terluka...


tiada siapa yang pandai dan paling bodoh didunoa ini  kerana setiap yang pandai itu  boleh menjadi bodoh dan dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai..
terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment