PERANAN IBU BAPA DALAM KEHIDUPAN REMAJA....

zaman remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang.corak peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya.setiap remaja harus dilatih untuk mempersiapkan dirinya menjadi khalifah allah.. kerana hidupnya kita dimuka bumi ini sebagai khalifah allah yang sejati.


tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan islam hendaklah disemai dalam diri remaja sejak kecil lagi. persis sekali ungkapan melentur buluh biarlah dari rebungnya. ini semua agar mereka berjaya dan maju sebagai generasi cemrlang dan diberkati.


jika pembentukan remaja tidak sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana remaja merupakan generasi yang bakal menerajui negara suatu masa nanti. tepat sekali ungkapan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.


rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih,maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi"....riwayat bukhari..


jelas kita lihat, bahawa sebenarnya diri kita dahulu putih bersih tanpa secalit pun dosa... namun kini masalah sosial yang melanda negara kita yang melibatkan sebahagian besar remaja semakin membimbingkan. masalah sosial dalam kalangan remaja ibarat cendawan tubuh selepas hujan..boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja seiring dengan pembangunan negara.ini dapat dilihat melalui pembangunan negara yang semakin ke kemuncaknya, akhlak remaja juga semakin rapuh, dan seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.


remaja aset terpenting negara. maju, mundur sesebuah negara bergantung kepada remaja. masalah ini bukan satu masalah yang remeh tetapi satu masalah yang sangat besar yang perlu diatasi dengan segera agar masalah itu tidak meledak. masalah remaja adalah masalah kita bersama. oleh itu jangan kita berpeluk tubuh melihat masalah sosial disekeliling kita tanpa mencari idea untuk membantras masalah itu. 


bagai aur dengan tebing sesuai sekali dijadikan slogan untuk kita bersama-sama membantras masalah. apa yang penting kerjasam dalam menyelesaikan masalah ini. sikap acuh tidak acuh jangan ada pada diri kita.
gandigan yang mantap antara ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat diperlukan bagi menangani masalah remaja...:


.PERANAN IBU BAPA DALAM KEHIDUPAN REMAJA...


FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD: "WAHAI ORANG YANG BERIMAN SELAMATKAN DIRI KAMU DAN ANGGOTA KELUARGA KAMU DARI API NERAKA"....SURAH AH-TAHRIM AYAT:6..


ibu bapa semestinya tahu bahawa anak-anak merupakan anugerah dan amanah kepada mereka. oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membentuk personaliti yang menarik dalam diri anak mereka. membentuk sahsiah anak mereka. didikan agama yang sempurna daripada mereka merupakan perisai yang kebal kepada anak mereka dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu-helah. kesibukan yang melampui merupakan faktor utama menjerumuskan anak mereka ke jalan yang gelap. terdapat beberapa panduan keibubapaan yang digariskan dalam islam..:


*ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya.
    -sudah pasti kita sering mendengar kiasan yang berbunyi 'ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dirinya tidak berjalan betul. oleh itu, bukan sekadar menunjuk kepada anak tentang perilaku yang baik dan mengajar anak tentang cara hidup yang baik akan tetapi sebagai ibu bapa harus diamalkan dalam diri mereka..


*mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan dengan kekerasan.
    -percayalah, apa yang sangat diperlukan oleh remaja yang meningkat dewasa macam saya adalah belaian kasih sayang. memang betul mendidik anak mesti dengan ketegasan tetapi niatkan dalam hati ketegasan mendidik anak semata-mata ingin menjadikan anak itu berdisiplin dalam kehidupan agar mampu memandu kehidupan mereka  ke jalan yang benar.


*ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak.
     -simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak.kemahiran ini perlu dipelajari oleh ibu bapa dari semasa ke semasa.


*kesabaran. itu yang harus ada dalam diri ibu bapa. mendidik anak memang memerlukan kesabaran. kerenah anak anak berbeza antara satu sama lain. oleh itu sabarlah dalam mendidik anak.


.........................................................................................................................................




terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment