tahanlah gulanamu
sabarlah sewaktumu pada dunia
yang bakal berlalu
sakit derita bukan hukuman
bukan pula juri dendam
yang membunuh kebahagian
bukan ditakutkan dengan kematian
ia adalah permulaan bahagia
berjumpa ar-rahman
jangan diseksa kedamaian lalu yang telah luput
atau kecewa mengimbau keindahan
hidup yang kian surut
atau mengeluh kesal dengan sihat
yang telah larut
kebahagian hakiki bukan disini
keindahan yang diharap
tidak selamanya
akan abadi
bersyukurlah.....
bahawa derita sakit itu tanda kasih daripada allah
mengangkat taraf insan dengan keampunan dan rahmah
penghapus kealpaan diri yang terleka
tentang zikir, doa dan pasrah
bahagialah dengan sakit derita
kilas pahala dan keampunan
tidak terhenti berganda
darjatmu diangkat buat melupuskan
segala kesalahan dan dosa
bahagialah dalam sakit derita
aku juga menumpang pahala
menziarahimu dengan senyum dan gelenang kasih air mata...

No comments:
Post a Comment