salam maal hijrah

assalamualaikum.. senyum..^_^....

sebaimana yang kita semua ketahui... 27 nov 2011 merupakan satu tarikh yang amat penting kepada kita sebagai umat islam... aku yakin sudah semestinya kita semua mengetahui hakikat sebenar tarikh tersebut.
maal hijrah atua awal muharram merupakan permulaan baru bagi takwin islam UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi yang lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng tenaga dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.

walau bagaimana pun konteks hijrah sangat luas.. jika anda seorang pelajar ting. 4 pasti sudah mempelajari soal hijrah dengan lebih meluas dalam matapelajaran sejarah.. seronok bukan mempelajari sejarah..? hijrah bukan sekadar bermaksud kita berpindah dari kota makkah ke kota madinah juga bukan perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Tetapi juga dari sudut bagaimana kita hendak menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w dalam menjana dan menobatkan Islam di persada dunia. Namun marcapada ini, kita sedih melihat umat Islam sekadar membilang detik masa dan mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tatasusila sebagai seorang manusia. Adakah ini yang diajarkan oleh umat islam terdahulu? Sebilangan besar kita pula masih terkapai-kapai mencari erti sebenar kehidupan dengan mengejar kejayaan dan keseronokan dunia sehingga alpa bahawa hidup ini hanyalah sementara taktala diri ini semakin hampir menghadap Maha Pencipta.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

hijrah juga membawa pengertian peralihan daripada suatu yang negatif kepada suatu yang positif (baik..).. jika dulu kita terkenal dengan gelaran samseng jalanan, bohsia, bohjan, mat rempit, minah rempit.. nah..! tiba masanya kini kita ubah diri kita.. kita cari identiti kita yang sebenar.. jangan lagi kita terkapai-kapai tidak tahu hala tuju. islam adalah jalan yang benar. hanya agama islam yang mampu membawa kita kepada kebahagian diakhirat kelak.. memang benar dunia ibarat neraka kepada orang islam tetapi ibarat syurga kepada orang kafir.. tapi kita harus sentiasa ingat bahawa dunia tidak akan memberi apa-apa kepada kita... kebahagian hakiki kita adalah di akhirat kelak di syurga. 

Sudah terang lagi bersuluh, umat Islam nyata perlu berhijrah dari melakukan perbuatan yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik dan kejayaan sebagaimana sabda Rasullulah,

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, kita perlulah sentiasa meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mampu menggugat keimanan kita. Generasi muda Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi insan cemerlang. Ummah perlu menjadikan sejarah penghijrahan dan perjuangan Rasulullah sebagai pencetus kejayaan.

Konsep hubungan hijrah dan kejayaan mendapat rahmat Allah dan disebut dalam al-Quran Karim yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya.” (al-Baqarah: 218).

Umat Islam memerlukan ilmu untuk mengukir kejayaan kerana ia merupakan aspek terpenting dalam usaha melakukan anjakan paradigma menuju kegemilangan. Sejarah membuktikan jatuh bangun sesebuah bangsa bergantung kepada ilmu. Tanpa ilmu, sesebuah bangsa dan negara itu akan diperalat dan ditindas.
Namun, sejarah Islam telah memberikan contoh jalan yang terbaik seperti kegemilangan Islam yang banyak disumbangkan oleh golongan ilmuan Islam. Mereka bukan sahaja warak tetapi berilmu. Nama-nama tokoh seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Kindi, Ibnu Hayyan, Umar al-Khayyan dan al- Khawarizmi cukup mengerunkan dunia dengan ketinggian ilmu pengetahuan. Tetapi sayangnya, kegemilangan tamadun Islam gagal dipertahankan. Penjajahan kuasa Barat ke atas negara dunia ketiga khususnya negara-negara Islam, telah berjaya memusnahkan dominasi Islam terhadap tamadun ilmiah.

Negara Barat turut belajar rahsia kegemilangan Islam sehingga mereka mampu menjadi bangsa yang disegani masyarakat dunia. Kita dapat melihat pada dunia hari ini ketika mana beberapa negara seperti Jepun, China dan Korea Selatan mencapai kemajuan hebat dalam pelbagai bidang hingga mampu bersaing dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis. Jepun yang suatu ketika dahulu hampir musnah apabila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki,masih mampu untuk bangun dan berhijrah menjadi bangsa maju serta dihormati oleh dunia. Apakah rahsia di sebaliknya? Jawapannya mereka memartabatkan ilmu itu sendiri

Suatu ketika dahulu, umat Islam berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka umat cemerlang. Mereka membawa rahmat besar dan mewujudkan kualiti modal insan yang mementingkan pembangunan rohani dan material. Mereka berjaya membebaskan kesesatan akidah manusia dengan mewujudkan negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, sebahagian Eropah dan beberapa kawasan di Asia. Mereka juga berjaya menjadikan negara Islam sebagai pusat ilmu pengetahuan dan tempat rujukan dunia. Manusia berpengetahuan dan berilmu, menjadi tenaga penggerak tamadun manusia. tidak tidak dapat dinafikan lagi, kemuncak dunia Islam sebagai pusat utama ilmu pernah wujud pada zaman kerajaan Abassiah pada abad kelapan dan sembilan Masihi.
Seiring dengan sifat mahu menuntut ilmu, umat Islam wajar menanam sikap mampu memberi pendapat, idea dan inovatif, merekacipta sesuatu yang baru dan menjadi masyarakat pintar. Kita tidak boleh hidup dalam dunia yang jumud dan mengharap perubahan datang dengan sendiri tanpa usaha. Firman Allah Taala yang bermaksud,

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ”. (surah al-raa’d :11).

Justeru itu, dengan semangat Maal Hijrah umat Islam perlu membetulkan kesilapan dan kelemahan diri. Jika sebelum ini kita menanam azam sempena Tahun Baru Masihi, kita juga perlu mempunyai azam yang lebih kuat atau setidak-tidaknya sama, sempena Tahun Baru Hijrah.

Kita perlu membuang sikap malas, lesu dan mundur selain meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kebijaksanaan bagi menjana kemajuan dan pembangunan negara. Kini, sudah tiba masanya umat Islam di seluruh dunia bangkit dari takuk lama dan menjadi umat yang cemerlang di mata dunia dengan mengikuti jejak langkah umat terdahulu yang pernah meletakkan Islam sebagai pembina tamadun terunggul di dunia. 

tahun hijrah kali ini.. ayuh kita perkukuhan azam kita. dan yang paling penting tanamkan azam untuk jadi manusia yang lebih beriman kepada allah taala. selain itu, Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut. Jadikan motto hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya… inilah yang dituntut oleh Islam!.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
salam maal hijrah.. berubah bukan kerana inginkan perhatian dan pujian tetapi berubah kerana cintakan allah.. ingat allah maha mengetahui isi hati kita.. ikhlas atau tidak hanya allah yang maha mengetahui...




terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment