kefasihan bercakap

ASSALAMUALAIKUM.....


petang yang indah...angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati aku terasa sejuk dan nyaman.... fuh..!!! lega...! ... sebelum blog aku nie sunyi untuk seketika kerana aku rasa masa untuk aku bercuti dah cukup dan sekarang masa cuti tinggal 3 minggu lagi so aku nak gunakan masa yang tinggal tu untuk study... persiapan untuk bakal spm tahun depan... back to the topic.. KEFASIHAN BERCAKAP...! itu adalah satu modal untuk kita terus maju kehadapan..


kefasihan bercakap juga merupakan satu faktor yang boleh menjadikan komunikasi dan interaksi berkesan.  cubalah kita bertanya kepada seseorang atau kepada diri sendiri,  siapakah yang paling kita suka...? mendengar orang yang bercakap antara orang yang lancar atau fasih bercakap dengan orang yang tergagap-gagap, tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika bercakap.  tentulah kita lebih suka dan berminat dengan orang yang fasih dan lancar percakapannya....
...
jesteru itulah kita dapati, pengacara-pengacara, juru-juru hebah, pemidato.... malah penjual-penjual ubat di kaki lima, begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan nahasa  sehinggakan boleh menarik ramai pendengar...  tentu sekali sekiranya orang-orang berkenaan tidak fasih dan lancar percakapan, tidak akan ada orang yang ingin mendengarnya kecuali terpaksa mendengar....!


tidak dinafikan, kemahiran bercakap atau kefasihan bercakap adalah bersifat semulajadi. walaubagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap ini boleh diperolehi dengan cara sentiasa berlatih.. dan kemahiran ini sebenarnya boleh dipupuk sekiranya kita mahu... saya ambil contoh, bagaimana seorang pelajar sekolah rendah begitu pemalu dan kurang interaksi dengan kawan2 malah dengan cikgu-cikgu.. takut untuk menampilkan diri di hadapan orang ramai. namun siapa sangka seorang yang pemalu satu ketika dahulu kini menjadi seorang PEMIDATO sekolah di sekolahnya di smk bukit mentok...! bermula tingkatan 1, pelajar tersebut mula sedar dan punya keinginan untuk mencuba suatu yang baru dan mencabar... dengan tidak berbekalkan pengalaman semasa sekolah rendah akhirnya dia memasuki pertandingan syarahan disekolahnya dan siapa sangka dia terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan mtq peringkat daerah...! lihat..! sebenarnya, kemahiran berkomunikasi ada dalam diri setiap kita tetapi harus di asah... hingga kini pelajar tersebut masih bergiat aktif dalam pertandingan yang menguji kepetahan bercakap sepeti pertandingan pidato, syarahan, debat, pantun dan sebagainya dan pada tahun hadapan merupakan pelajar tingkatan 5.. ini kisah benar kerana orang itu adalah AKU...! 4 tahun bergiat aktif dalam bidang komunikasi menguji daya kepetahan aku bercakap... alhamdulillah... aku dikurniakan bakat itu.... 


bukan untuk membangga diri jauh sekali untuk dipuji, tapi aku ingin membuka mata kita semua, bahawa komunikasi ini amat penting untuk kita pelajari... mungkin sifat pandai komunikasi aku ini, sebenarnya bersifat semulajadi yang perlu di asah lagi... percayalah, tidak sukar untuk bercakap di hadapan orang... kunci utama adalah, kita tahu apa yang kita ingin cakap dan yang paling penting antonasi suara kita.. kita tidak boleh, sepanjang masa bercakap dalam keadaan perlahan, ada satu part tu kita mesti tinggikan nada suara kita.. kalau satu part tu perlu kita bersuara seolah-olah merintih.. just do it... jangan malu kerana kalau kita malu kita tak akan dapat lakukan... insya-allah lain post nanti akan lebih mendalam aku menceritakan bab komunikasi... ilmu yang aku ada dalam bab komunikasi ni harus di kongsi kan tapi bukan untuk menunjuk akulah hebat kerana aku tahu di luar sana ada yang lebih hebat dari aku... aku masih belajar dan akan terus belajar... 




terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment