SAJAK: PERJALANAN SEORANG INSAN

malam ini......
kesepian mengcengkam diri...
lantas membawa diri ini kedunia khayalan...
mengenang rententan perjalanan kehidupan
suka duka seiring berjalan dalam kehidupanku
kadang-kadang langkah pantas dan lincahku
tersungkur juga di lembah kehidupan
kadang-kadang hidupku ditemani kebahagian
namun sekejap cuma....
tangisanlah teman sejatiku....
kadangku berharap...
biar dunia ini menjadi kepunyaan ku seorang
tanpa perlu untuk kukongsi dengan orang lain
bukan aku tamak juah sekali sombong
tapi adakah yang sudi berkongsi rasa duka
hati saatku merintih kesakitan...
kalau dunia ini kita punya bersama
mengapa harus membeza-bazakan antara satu sama lain?
hanya hinaan dan cacian 
ada juga yang menabur simpati
namun untuk apa kiranya...?
tercemarnya kesucian apakah sama
maknanya dengan kehilangan harga diri?
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
namun hatilah yang remuk menderita
berkecai, berderai, mana mungkin bisa bercantum semula
coretan ini, rintihan ini...
hanya kepada mereka yang dapat memahami gelodak jiwaku
terfikir sejenak.....!
hilangnya kesucian diri
adakah jaminan masa depan yang suram....?


mengapa harus ada manusia yang berjiwa syaitan?
mengapa harus ada manusia durjana...yang hidup hanya memuaskan nafsu...?
mengapa harus ada keperitan hidup...?
mengapa harus ada kelukaan hati..?
mengapa harus ada semua itu....?


sungguh...!
kenangan adakalanya boleh menyeksa jiwa
ingatan juga kadangkala mendera rasa
namun, hati ini tidak boleh berbohong
mana mungkin kenangan silam dihapus,
 dibuang terbang begitu sahaja..
aku bukan malaikay jauh sekali nabi
yang suci hatinya denag sifat dendam..!
dendam ini harus kulunasi
agar hati berasa puas..!


namun ku tersentak..!
tersedar kembali..'
ya allah, betapa lemahnya iman hambaMU ini, 
mudah melatah dengan ujianMU..
sedangkan diluar sana ada insan
yang jauh lebih menderita dariku..


YA ALLAH...
maafkan aku kerana ternyata imanku masih lemah
masih terkontang-konting mencari identiti diri
namun, hatiku bukan besi jua batu 
hatiku adalah selembutnya...
mudah tersentuh lalu mengalirkan air mata...
tumpahnya air mataku
bukan bererti aku manusia yang lemah
kadang dengan linangan air mata
disitu kekuatan tersembunyi...


perjalanan hidupku masih panjang...
kenangan silam bukan penghalang
untuk aku terus kedepan...
masa silam bukan jaminan
untuk masa depan......






----------------- AYUH TEMAN, TERUS MELANGKAH DAN MELANGKAH... SAMPAI SATU DESTINASI YANG MENJANJIKAN SEBUAH KEBAHAGIAN BUAT KITA... KITA HIDUP DI DUNIA IBARAT MUSAFIR... MERANTAU UNTUK MENCARI IDENTITI DIRI... BANGUN..! JANGAN MUDAH MENGALAH DENGAN KEHIDUPAN... MEMANG KITA AKAN DIUJI.. KERANA ITULAH HAKIKAT KEHIDUPAN... BIAR LANGKAH KITA TERSADUNG, TERSIRAT DI DEDAUN RERANTING TAPI JANGAN KITA MENGALAH...! HIDUP UNTUK BERJUANG MENCARI REDHA ILAHI... MUNGKIN DENGAN UJIAN ALLAH MAKA KITA AKAN MENGENAL DIRI KITA....! APA YANG KUCORETKAN SEKADAR INGIN MEMBERI GAMBARAN KEPADA KITA SEMUA KEHIDUPAN YANG AKAN DIUJI OLEH ALLAH...! TERUS MELANGKAH DAN MELANGKAH...!




-IKLAS-
HASNAH...!

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment