panduan belajar cemerlang

ASSALAMUALAIKUM.. SALAM CERIA SALAM SAYANG DAN SALAM 1 MALAYSIA... cehwah..!!!... ^_^..

menjadi pelajar yang cemerlang semestinya impian semua pelajar... tidak ketinggalan juga impian aku untuk menjadi salah seorang daripada pelajar cemerlang... tapi kalau setakat omogan kosong saja maaflah kejayaan tidak akan datang kepada kita.. hah..! nie peringatan kpd aku jgk.. suke sangat berangan-angan tapi nak belajarnya bukan main malas lagi...! uh..! tapi tahun depan tiada kata malas lagi dalam kamus hidup aku...! spm tahun depan so kene berlajar kuat-kuat nie..! cuti sklh tinggal beberapa minggu lagi jdi masih ade peluang untuk study time cuti  nie... hari nie nak kongsi sikit panduan belajar cemerlang.. moga bermanfaat yup..!

Rahsia Kejayaan
  1. Doa dan Niat
  2. Aturkan Sasaran, Cita-cita dan Matlamat
  3. Rancangan atau Pelan Tindakan
  4. Taat, Yakin dan Cintai Ilmu
  5. Usaha yang Berkekalan

Teknik Belajar Berkesan
Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan  kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi  kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji  pelajaran mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.
  1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
  2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
  3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
  4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
  5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.
  6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
  7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
  1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada “mood” untuk belajar.
  2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
  3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan  mengulangkaji pelajaran.
Tambahan dan Nasihat
Pelajar perlu meletakan Matlamat ke sekolah:
  • Belajar kerana mahu mencari Ilmu kerana Allah
  • Aku pi sekolah ni buat apa, apa yang nak capai
  • Jadikan cita-cita pendorong untuk belajar
  • Jangan belajar untuk peperiksaan tapi belajar untuk masa depan dan juga kerjaya adik adik
JANGAN PUTUS ASA, NABI BENCI ORANG KECEWA DAN MALAS. Kita perlu bina umat Islam kelas pertama,




sekian.. jumpe di lain hari... peace.!

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment