tahun baru bakal menjelang... !

assalamualaikum...!

 sudah lama kiranya diri ini menghilang dari dunia blog... ! nak dikatakan tiada masa tetapi sebenarnya masa itu sentiasa ada... ! entah kenapa ...! kali ini aku ingin menulis blog tentang harapan aku ataupun azam aku untuk tahun 2012... ! kadang kala jika kita memberitahu seseorang akan azam kita, ini akan membuat kita lebih bersemangat untuk merealisasikan azam kita.. azam kita tidak akan menjadi seperti hangat- hangat tahi ayam ataupun sekadar bermimpi dalam dunia fantasi.. !

semua insan, semua manusia, semua makhluk yang allah ciptakan ini sebenarnya mempunyai hala tuju.. ! hala tuju kemana..? hala tuju mencari redha ilahi.. ! tanamlah, pasanglah beribu azam sekalipun.. tapi ingat jangan lupa selitkan azam untuk menjadi hamba allah yang lebih beriman dan bertakwa.. ! letak ianya, azam yang paling harus kita capai.. !

ingat.. ! azam bukan satu angan-angan, ibarat anga-angan mat jenin, tetapi azam adalah satu realiti yang harus kita capai.. ! apa gunanya kita menanam azam sekiranyan azam itu tidak dapat kita tuai...! bukankah itu perkara yang sia-sia... !

ok.. habis slot ceramah..he3.. sekarang nie slot nak menayangkan azam aku.. ! sekadar ingin meningkatkan motivasi dalam diri, dan semangat untuk menjadikan azam aku satu realiti bukan fantasi.. !..-

1. aku ingin menjadi hamba allah yang lebih solehah, beriman dan bertakwa.. ! ingin tabah atas segala dugaan yang menimpa diri ini.. memperbaiki ibadah aku dan  sentiasaa mengingati allah disaat susah dan senang..!

2. ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam spm..! got 9A in spm..! tepati masa dan belajar bersungguh-sungguh.. !

3. ingin bergelar sebagai pemidato kebangsaan.. ! inilah impian aku sejak dulu, harapan aku sejak aku meminati bidang komunikasi.. ! ingin sampai ke tahap yang lebih tinggi.. ! kalau tahun ini, setapak lagi azam aku untuk bergelar pemidato kebangsaan lenyap, gara-gara tewas di peringkat negeri.. ! last aku di smk bukit mentok pada tahun 2012, aku juga ingin meninggalkan kejayaan aku..! bukan untuk dipuji, tetapi itu bukti bahawa aku amat menyanyangi sekolah itu..!

-------------> AKU TAKUT UNTUK MEMASANG BANYAK AZAM KERANA AKU TAKUT AKU TIDAK MAMPU UNTUK MENUAI..! CUKUP 3 AZAM PENTING INI YANG AKAN AKU BERUSAHA SEDAYA UPAYA UNTUK AKU RAIH..

HANYA DENGAN USAHA, DOA, DAN TAWAKAL, INSYAALLAH..AKAN MENJADI KENYATAAN...!














terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment