sifat malas menguasa diri....?

ASSALAMUALAIKUM...^_^

ALHAMDULILLAH... dengan izin dan limpah kurniaNYA, maka kita dapat bertemu kembali di alam maya ini... segala rasa syukur hanya di panjatkan kepada allah s.w.t..

MALAS... satu perkataan yang sudah mengambarkan identiti diri setiap induvidu yang memiliki sifat malas dalam diri... tidak dinafikan sifat malas penyumbang kepada kegagalan setiap individu... kerana, jika sifat malas sudah sebati dalam diri orang itu maka semua kerja tak akan jalan dengan lancar dan berjaya...! dalam dunia ini, siapa yang tak ingin berjaya..? tak kira nak berjaya dalam aspek apa sekalipun kalau sifat malas menguasai diri kita, apakah mungkin kejayaan milik kita...! 

AKU...? juga tergolong dalam golongan yang di cop PEMALAS...! tapi still boleh kawal lagi sifat malas itu... memang kadang-kadang sifat malas itu akan wujud dalam diriku, tapi aku lawan sifat malas itu..( bukan nak memuji diri..).. apabila aku ingat tentang cita-cita aku dan harapan aku untuk menjadi pelajar cemerlang untuk tahun hadapan... got 9 A  in spm, aku  cuba sedaya upaya untuk atasi sifat malas ini...! kalau aku boleh buat kenapa korang tak boleh kan...? so nak tahu tak tips untuk menghilang rasa malas....! tips nie aku ambil dari satu laman web yang aku rasa sesuai untuk dikongsi bersama.... nak tahu teruskan bacaan...!

1. AMBIL WUDUK...

Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas. Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi. Namun dalam keadaan dunia hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.

ambil wuduk juga antara amalan aku, bila dalam keadaan marah... kalau marah je, untuk hilangkan kemarahan, just ambil wuduk dan akan terasa kesujakan hati selapas itu... do it now...!

2.SOLAT...

solat tiang agama... insyaallah, kalau kita jaga solat kita, kita mampu untuk mengatasi apa jua masalah termasuk masalah malas.. Solat adalah merupakan penyelesai segala masalah. Dalam solat itulah kita sujud memohon pertolongan Allah. Kita merendahkan diri, kita memohon ampun dan kita redha... kita berserah dan pasrah... kita memohon petunjuk ... kita mengadu.. kita menangis ... merayu kepada yang PENCIPTA. Disitulah penyelesaian yang utama termasuk dalam mengatasi rasa malas. Masalahnya nak solatpun malas ... huhuhu... macam mana ni..? itula penyakit kritikal zaman era globalisasi ini... ubatlah penyakit ini sebelum melarat...!

3.PASTIKAN ANDA DIKELILINGI ORANG YANG POSITIF
Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents dsbg.

Bila anda rapatkan diri dengan mereka maka roh hidayah itu akan juga kena tempias pada anda dan anda juga akan jadi rajin seperti mereka. Daya tahan diri anda melawan nafsu jahat, melawan sifat malas dan apa saje sifat negative akan jadi lebih kuat seterusnya tanpa anda sedar anda telahpun menjadi seorang insan yang hebat... anda telah berjaya mengatasi rasa malas anda !!

sekian daraipada aku... segala tips nie aku ambil di laman web nie.. singgah lah kat laman web ni... mungkin ada info yang menarik untuk anda..klik sini....

pesanan..: hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....! think positif and u can do it... insyaallah...!

terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

2 comments:

  1. haha.. post ssuai untk org mlas cm sye

    ReplyDelete
  2. so cepat2 lah ikut tips nie... mana tahu sifat malas tu terus hilang di tiup angin...hahaha...

    ReplyDelete