monolog seorang aku...!

ASSALAMUALAIKUM....


aku...! disini korang tak perlulah tahu siapa gerangan nama aku... kerana nama bukan mengambarkan realiti sebenar kehidupan.... coretan ku ini, bukan bermaksud apa-apa, jauh sekali ingin simpati daripada orang... luahan ini sekadar ingin berkongsi rentetan kehidupan yang aku lalui kepada siapa yang sudi.... aku hanyalah seorang insan yang masih dan aku terus mencari kekuatan untuk menjalani kehidupan alam remaja yang banyak cabarannya....! ibarat seorang musafir yang mencari seuatu dalam kehidupanya..... 


kehidupan aku sama seperti remaja lain tetapi mungkin lebih tragis daripada kehidupan remaja yang dipenuhi dengan warna warni kebahagian..! tidak..! hidup aku bukan tidak bahagia tetapi hidupku tidak lekang dek ujian daripada ALLAH..TIDAK..! bukan aku ingin mengeluh akan perjalanan kehidupanku ini..! aku reda.. aku pasrah...!


aku dilahirkan pada 10.11.1995, sudah tentu kelahiran aku dinanti-nantikan oleh kedua ibu bapaku... aku merupakan anak bongu daripada 3 orang adik beradik... aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. alhamdulillah.. aku dikurniakan seorang mama dan abah yang sangat pengasih dan penyayang ditambah pula 2 orang kakak yang sangat menyanyagi diriku.. siapa tidak mahu hidup sebagai seorang anak peguam dan kontraktor... bermakna, mama aku seorang peguam syariah dan abah seorang kontraktor... bahagia hidup bukan sahaja di lingkari dengan kemewahan tetapi jua dilingkari dengan kasih sayang....!


kornag pernah dengar  kiasan kata-kata ini.." ku kira panas sampai ke petang tetapi hujan ditengah hari.." segalanya musnah..! hancur. berkecai berderai, mana mungkin dapat dicantum kembali.. segalanya berpunca dari aku dan sampai sekarang aku masih tidak dapat memaafkan diriku... apa yang berlaku dengan kehidupanku...? bermula satu tragedi meragut nyawa kakak sulungku dan selepas itu musibah demi musibah terus bertandang dalam hidup aku tanpa ku jemput.. namun apa dayaku sebagai hamba ALLAH yang lemah untuk menghalau dan mengusir musibah itu melainkan harus menerima walaubagaimanapun remuknya hatiku...!


masihku ingat dan tidak akan ku lupa, bagaimana kematian kakaku yang membuatkan hidup kami sekeluarga berantakkan.. aku menjadi punca segalanya... apalah yang dimegertikan oleh seorang anak yang baru berusia 10 tahun..! jika kegirangan mengusik hati jawabnya dunia seakan dia punya..! ketika ingin menyambut hari lahir ku yang ke-10, aku beria-ria ingin menyambut hari lahirku di pantai... pantai yang orang sering katakan bahawa akan membawa ketenangan kepada jiwa dan hati kita tapi bagiku ketenangan dipantai adalah penyaksaan bagiku... rengekan demi rengekan ku pinta kepada mama dan abah supaya menurut kehendakku.. namun masih ku ingat kata-kata mama
" adik, ombak kat pantai deras.. bahaya..! lagipun kak long tak sihat.. kita sambut kat rumah je.. nanti jadi apa-apa pulak..." 
reaksi aku..? aku memberontak...! aku nak sambut hari lahir aku di pantai...! akhirnya, aku meminta pertolongan daripada kak long yang memang menjadi anak kesayangan mama dan abah kerana bagi aku anak pertama merupakan lambang kasih sayang yang suci antara ibu bapa.. dan ternyata, andaianku tidak melesit.. dengan sekali pujukan mama dan abah bersetuju menyambut hari lahirku di pantai....


berlari aku kearah kak long dan memeluknya seeratnya... aku sangat menyanyangi dirinya.. tidak ku sangka pelukan itu adalah pelukan terakhir....! aku, mama, abah, kak long dan kak ngah bersama-sama pergi ke pantai dengan hati yang riang...! tidak ku sangka, kegirangan inilah yang terakhir sebelum bertukar menjadi kesakitan hati yang teramat sangat....! sesampai dipantai, aku berlari pantas ke arah air laut.. dulu memang aku suka dengan kesejukan air laut namun kini fobiaku terhadap air pantai tidak dapat ku buang dalam diriku....!


"adik, kan dah janji tak nak main air...!" ujar mama dalam riak wajah yang marah.. aku hanya tersenyum dan menarik tangan kak long supaya mengikut aku bermain air... dari jauh ku dengar suara teriakan mama supaya aku dan kak long tidak menghampiri air...! betapa degilnya aku sehinggakan tidak mendengar  kata mamaku... namun kegembiraanku bermain air terus lenyap apabila satu ombak besar menghampiri aku dan kak long... aku tidak ingat apa-apa, yang aku ingat aku tercampak lalu aku terhantuk di sepatang pokok yang telah tumbang...! kini parut itu masih ada di bawah tepi kening kananku.. walaupun kecil tapi meninggalkan kesan parut dihati yang terlalu besar..! apa yang terjadi dengan kak long..? kak long lemas dan hampir satu jam setengah pihak berkenaan mencari kak long...


dan saat ternampak sekujur tubuh kaku kak long, air mata begitu murah tumpah...! mama pula seakan histeria melihat tubuh tidak bermaya kak long... abah...? hanya berdiri kaku di sebelah tubuh kak long.. dan tumpah juga air mata seorang lelaki... kak ngah..? seolah terkejut melihat kenyataan yang tidak pernah diimpikan...! aku...? aku tidak tahu apa perasaan aku saat itu... bercampur baur.. dan bermulalah detik penderitaan hidup yang bertali arus....


aku dipersalahkan, aku dipulau oleh ibu kandungku sendiri...! layakkah aku dipersalahkan atas kematian kak longku..? bukan aku pinta jauh sekali mengharap akan kematian kak long aku...! aku juga sedih dan aku jauh lebih sedih kerana aku lah punca kematian kak longku..! tetapi tiada maafkah buatmu mama untuk diriku ini...? mengapa anak yang engkau kandung 9 bulan 10 hari, sanggup engkau benci..! tahulah aku, aku bukan siapa2 dimatamu mama...! tidak bernilai..! mama, jikalah aku tahu ini yang bakal terjadi akan ku cuba hindari semua ini..! namun siapalah kita, mama hanya manusia yang lemah...!


mama, tahukah engkau, setiap malam setiap detik, aku menangisi kesilapanku ini... tambah memedihkan hati ini dengan layanan burukmu kepadaku.. setiap saat aku juga berdoa supaya engkau memaafkan diriku ini.. tidak putus doa aku panjatkan kepada ilahi..! tapi dugaan terus datang menimpa hidup ini... mama bukan lagi mama yang dapat berfikir secara normal...! kesan kematian kak long terhadap diri mama terlalu kuat.. mama menjadi gila mungkin kerana tidak dapat menerima semua ini...! mengapa semua ini terjadi...? paling menyedihkan sanubari hati aku, saat melihat wajah aku, mama akan menjadi histeria..! ma, besar sangatkah kesalahan anak mu ini...? aku bukan pembunuh kak long, bukankah ini surutan takdir yang harus kita terima...? 


aku tidak jemu, menghampiri mama walaupun mama akan menjerit apabila melihat aku tapi sampai satu masa tu aku seolah-olah tidak mampu bertahan lagi... hatiku lebih perit saatku ditengking oleh abah... masihku ingat kata-kata yang menusuk kalbu aku dan membuatkan hubunganku dengan abah renggang..." kau, ni kan tak habis-habis nak menyusahkan orang...! dah mama kau tak nak lihat muka kau, yang kau tunjukan muka pembunuh kau tu kenapa..? ada anak menyusahkan..! kenapa kau tak mati jugak...! tak lah menyusahkan..!"... lihatlah..! dan cuba bayangkan kata-kata itu dilemparkan kepada korang...! apa perasaan korang..? 


abah, adik bukan pembunuh...! tolong fahami perasaan adik..! selepas itu, aku dah tak muncul-munculkan diri aku depan mama... depan abah..? aku mengelak untuk bertentang mata dengan abah..! bencikah aku..? entah.. aku tidak mengerti perasaan aku..! nasiblah, aku seorang yang kuat dan tabah untuk hadapi semua ini...! namun dugaan datang lagi kepadaku... pada tarikh lahirku yang ke 12, satu tragedi berlaku lagi.. mama pergi meninggalkan aku yang memang sudah terkapai-kapai tanpa belaian seorang ibu...! dunia seakan gelap.. sinaran cahaya tidak ku lihat yang kulihat hanya cahaya yang suram...! 


aku ingin menangis sepuas-puasnya namun air mataku terasa kering..! ternyata aku sudah penat untuk menangis dan menangis...! bukan aku tidak sedih dengan kematian mama sehinggakan setitikpun air mata tidak jatuh membasahi pipiku... namun ketahuilah dunia, hatikulah yang paling pedih paling terluka dengan kematian mama tanpa sempat ku memohon ampun kepadanya..! memang air mata tidak tumpah tapi tiada siapa yang tahu air mata dalam hatiku mengalir dengan laju..! .....


pesanan..:- hye..! cam mane cerita nie.. ok tak..? nantikan sambungannya yang kedua..! hope u all enjoy with the story... !.....



terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment