part 2..: monolog seorang aku ..!

assalamualaikum...


bertemu kembali kita dalam coretan rentetan kehidupan seorang remaja... ini hanyalah khayalan aku semata-mata.. langsung tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati.. namun kalau ada persamaan mungkin itu adalah takdir... sebelum membaca sambungan coretan nie.. apakata korang bace dulu part yang pertama.. klik sini... tapi kalau dah bace just teruskan bacaan nie ok...!


HIDUP..! seakan tiada bermakna bagi insan yang hatinya telah terluka... kepingan kelukaan hati mana mungkin dapat dicantum kembali lalu kedukaan terbang meninggalkan diri ini...tidak mungkin sama sekali.. selepas aku diuji dengan kematian kak long, kebencian mama kepadaku dan kematian mama, aku terus diuji dan diuji... namun ku tahu betapa sayangnya ALLAH kepada aku sehingga diri ini tidak lekang dengan ujian dariNYA.. namun ampunkan aku YA ALLAH, kerana kadang-kadang aku juga mengeluh dengan semua ini...! aku bukan nabi yang sentiasa tabah dan kuat menjalani hidup ini.. ada suatu masa aku juga hampir rebah... kerana sesungguhnya aku manusia yang lemah...


setahun selepas kematian mama, ketika itu usia aku mencecah 13 tahun... melangkah ke alam sekolah menengah membuat aku harus sentiasa tabah dan kuat untuk menghadapi hidup ini.. siapa yang tahu senyuman yang terukir dibibir adalah senyuman kedukaan.. sudah tiada kebahagian untuk ku rasai..! namun rasa duka ini, tidak mungkin aku kongsi dengan rakan-rakan ku yang lain.. walaupun mereka sudi namun bagiku luka hati ini biar diriku yang tanggung... jalani kehidupan seperti remaja yang lain walaupun hakikatnya kehidupan aku tidak sama dengan mereka...


abah...? hubungan dengan abah terus renggang.. sepatah yang ditanya, kadang-kadang hanya anggukan dan gelangan menjadi jawapan..! bukan aku membenci namun hati ini masih terluka dan luka itu masih berbekas..! abah mengambil keputusan untuk menikahi seorang perempuan yang sebaya dengan arwah mama.. mempunyai 4 orang anak...! perasaan aku..? entah..! itu hak dia, itu pilihan dia..! itu kehidupan dia..! andai bahagia hidup  dengan pilihannya... teruskan.. tiada siapa yang menghalang.. tapi jangan harap aku bisa menyayangi wanita itu seperti kasih dan sayangku kepada arwah mama..! tidak dinafikan dan aku juga tidak mahu membohongi diriku, bahawa wanita itu memang penyayang dan baik.. aku menyayangi namun tidak setanding rasa sayang aku terhadap arwah mama.. tiada siapa yang boleh ganti arwah mama dalam hati aku..! ma, tidak tertanggung rasa rindu ini kepadamu..!...


hari berganti hari, bulan silih berganti dan tahun kian bertambah.. aku membesar sebagai seorang remaja yang hatinya penuh dengan kedukaan...! memasuki usia 15 tahun, satu ujian besar lagi menimpa diri ini.. saat remaja lain bahagia dengan kehidupan alam remaja yang sememangnya indah namun aku sekali lagi di uji...! ujian yang sangat besar dalam hidup ini..! dan kesannya masih terasa sampai hari ini...!

musibah apa lagi..? musibah yang tidak pernah aku bayangkan apatahlagi mengingankan.. namun apa lah daya aku...! abah..? darah daging aku..! orang yang aku anggap boleh memberi kebahagian kepada aku sebaliknya orang itu yang memberikan kedukaan kepada aku...! dan mana mungkin bisa diubati..! mengapa dan kenapa..?  bukankah kebahagian sudah engkau miliki bersama dengan isterimu namun mengapa nafsu kelakian mu kau curahkan kepadaku.. kesucian yang ternoda adakah sama dengan makna kehormatan diri tergadai..! abah..! kejam dirimu kerana sanggup merogol anak kandungmu sendiri...


tidak pernah terdetik dalam hati aku, kau sanggup lakukan hal yang akan membuat aku membencimu  seumur hidup..!  abah..! mama dah tinggalkan adik, dengan kelukaan yang teramat sangat dan abah sanggup menambah lagi luka yang telah sedia bernanah ini..? dimana imanmu, wahai abah...? dan setelah hampir 3 tahun aku tidak mengalirkan air mata menangisi nasib ini, dan akhirnya kini aku menitiskan lagi air mata kerana perbuatan terkutuk seorang abah...! sanggup membuat dara si anak gadis sendiri ternoda..!


abah..! bagaimana dengan masa depanku nanti.,..? apakah masa silam merupakan jaminan untuk masa depan..? bagaimana kiranya untuk aku lalui hidup ini sedangkan bayangan silam yang sentiasa menghantui diri ini...!


air mata tumpah lagi dan terus tumpah..! menandakan sesungguhnya aku sudah penat..! namun aku harus reda... harus pasrah..! biar aku menangis hari  ini supaya air mata aku kering dan aku tidak akan menangis lagi untuk ujian seterusnya..! biar dugaan ini, merupakan kekuatan untuk aku jalani kehidupan ini...! tangisanku cukup sampai disini... aku berjanji biar  besar lagi dugaan hidup yang bakal aku lalui, tidak akan aku tumpahkan air mata ini.. biar aku sentiasa tersenyum dalam kedukaan kerana itulah ketabahan dan kekuatan aku...


masa depan yang suram..? aku sudah tiada mahkota yang remaja lain cuba pertahankan...! siapa yang ingin perempuan yang sudah ditebuk tupai..? ah..!!! biarlah..! hidup tanpa lelaki itulah yang terbaik bagiku...! aku bukan membenci lelaki dek perbuatan terkutuk seorang lelaki bergelar abah..! namun bukan mudah untuk aku mempercayai lelaki...! lelakilah pemusnah hidupku...! mana mungkin dapatku terima lelaki dalam hidupku...! dan abah..! kaulah musuhku yang pertama..! seorang anak menjadikan abah kandungnya sebagi seorang musuh...! bukan itu niatku namun kau yang memaksa aku melakukan hal itu...? beribu kata maaf kau ucapkan kepadaku mana mungkin akan mengembalikan kesucian aku...!


pesanan...:- nantikan part 3 ok... dan aku perlukan komen daripada korang untuk terus menghidupkan cerita ini...he3.. moga korang enjoy ok..! aku akui aku bukan lah pandai menulis tapi dalam usaha untuk memperkembangkan bakat menulis aku.. dan cube korang bace cerpen yang telah aku karang.. dan cube beri pandangan mengenai cerpen tu.. klik sini.... cerpen kerana kau ayahku....


terima kasih kerana sudi membaca post ini...:)

No comments:

Post a Comment